info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kecoh wanita bertudung makan ulat sagu hidup-hidup, ini penjelasan mufti

Lead Image

TULAR di media sosial aksi seorang wanita makan ulat sagu hidup-hidup sehingga mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran seorang pengguna, perbuatan itu didakwa melanggar hukum Islam kerana wanita tersebut dilihat makan ulat mentah dan masih hidup.

“Ada yang join aku bagi penampar online kat dia tak? Setahu aku haram sebab makan hidup-hidup, kalau salah betulkanlah,” tulis seorang pengguna di Threads.

 Menurut netizen perbuatan itu didakwa melanggar hukum Islam.

Individu itu turut memuat naik klip pendek memaparkan wanita berkenaan asyik menikmati hidangan eksotik tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu malah tidak kurang juga yang beranggapan dia mungkin tidak mengetahui hukum makan makanan tersebut.

"Aku yang orang Sarawak selalu makan, tapi lepas tahu haram terus berhenti. Mungkin dia tak tahu," komen seorang netizen.

Sebagai info, hukum makan ulat sagu atau di sesetengah kawasan di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai ulat mulong adalah haram dan dilarang untuk dimakan.

MENARIK DIBACA: Mufti perjelas hukum makan daging 'rare', 'medium rare' masih nampak darah

MENARIK DIBACA: Ramai elak makan sebab takut gout, tapi ketam banyak manfaat termasuk kuatkan ingatan

Perkara ini pernah dijelaskan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak yang menyatakan tentang pengharamannya disebabkan haiwan tersebut dikategorikan sebagai jijik (khabis) dan kotor.

“Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik, fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. 

"Oleh kerana masyarakat Islam di Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah daripada haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga ulat mulong,” menurut penjelasan itu.

Pengharamannya disebabkan haiwan tersebut dikategorikan sebagai jijik (khabis) dan kotor.

Ulat sagu lazimnya ditemui di batang pokok sagu, pokok rumbia dan beberapa jenis palma reput, selain terkenal dalam kalangan masyarakat tertentu kerana dikatakan mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Malah sejak bertahun-tahun, ulat tersebut dijadikan penawar tradisional dan makanan sumber tenaga oleh masyarakat setempat terutama di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun dalam Islam, umatnya diharuskan memilih apa sahaja kaedah rawatan sama ada moden mahupun alternatif selagi tidak bercanggah dengan prinsip syarak termasuk larangan menggunakan bahan haram atau bernajis sebagai makanan dan perubatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

[V] Ramai risau tengok lelaki berdiri tunggang motosikal, angkut timbunan guni ais batu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Selalu makan tapi tak tahu nama... Kenali 4 bahagian perut lembu, menu sesuai dimasak

Terhangat