Selalu makan tapi tak tahu nama... Kenali 4 bahagian perut lembu, menu sesuai dimasak
APABILA tiba musim Aidiladha, lembu pastinya antara haiwan yang menjadi pilihan ramai untuk dikorbankan sebelum dagingnya diagihkan.
Justeru ramai umat Islam akan menikmati pelbagai menu berasaskan daging seperti sup, gulai dan masak lemak tanpa henti.
Dalam banyak-banyak bahagian yang dimasak pasti ramai pernah menjumpai pelbagai rupa perut lembu kan?
Tapi tahukah anda, perut lembu sebenarnya bukan hanya satu bahagian sahaja.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa perut lembu terdiri daripada beberapa bahagian berbeza yang mempunyai fungsi serta nama tersendiri.
Ada bahagian teksturnya lembut apabila dimasak lama, ada juga yang lebih kenyal dan sangat sedap kerana mudah menyerap kuah serta rempah masakan.
Menerusi satu perkongsian oleh pemilik Threads dikenali sebagai Haziq Iqbal, dia berkongsi tentang setiap bahagian perut lembu yang mempunyai nama saintifik serta panggilan tersendiri.
Jadi, jom kenali satu persatu bahagian perut lembu yang mungkin ramai pernah makan tetapi tidak pernah tahu nama dan fungsinya.

1. Rumen (babat/perut bulat)
Rumen merupakan bahagian paling besar dalam sistem perut lembu. Ia juga sering dipanggil babat atau perut bulat.
Bahagian ini mempunyai tekstur yang lembut apabila dimasak lama dan biasanya digunakan dalam masakan seperti sup dan gulai.
MENARIK DIBACA: Elak buat 5 kesilapan biasa ini sebelum, semasa dan selepas sembelih haiwan korban
MENARIK DIBACA: Ada syarat, ciri tertentu... Sunat pilih warna haiwan korban dianjurkan dalam Islam
2. Reticulum (perut sarang)
Reticulum pula dikenali sebagai perut sarang kerana coraknya menyerupai sarang lebah.
Teksturnya lebih kenyal namun mudah menyerap kuah dan rasa apabila dimasak dengan betul.

3. Omasum (perut kitab)
Omasum dikenali sebagai perut kitab disebabkan rupanya yang berlapis-lapis seperti helaian buku.
Bahagian ini mempunyai bentuk yang agak unik dan sering dikenali oleh penggemar masakan berasaskan perut lembu.
4. Abomasum (perut sejati/perut masam)
Abomasum pula dianggap sebagai perut sebenar lembu kerana fungsinya paling hampir dengan perut manusia.
Di bahagian inilah proses pencernaan makanan menggunakan asid dan enzim berlaku sebelum makanan disalurkan ke usus.