info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Elak buat 5 kesilapan biasa ini sebelum, semasa dan selepas sembelih haiwan korban

Lead Image

RAMAI umat Islam melaksanakan ibadah korban sama ada secara individu mahupun berkumpulan pada Aidiladha.

Tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika urusan korban berlangsung malah ada antaranya boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah tersebut.

Berikut lima kesilapan paling biasa dilakukan yang perlu dielakkan:

1. Jadikan daging korban sebagai upah tukang sembelih

Antara kesalahan yang sering berlaku ialah memberikan daging korban kepada tukang sembelih atau pelapah sebagai bayaran upah.

Dalam Islam, daging korban tidak boleh dijadikan bayaran kerja kerana ia dianggap seperti menjual bahagian korban untuk mendapatkan tenaga kerja.

Sebaliknya, upah perlu dibayar menggunakan wang atau sumber lain manakala pemberian daging hanya dibolehkan atas dasar sedekah atau hadiah biasa.

Kesalahan yang sering berlaku ialah memberikan daging korban kepada tukang sembelih atau pelapah sebagai bayaran upah.

2. Ambil daging korban tanpa izin

Masih ada yang mengambil bahagian tertentu daging korban sesuka hati ketika proses melapah dilakukan.

Hakikatnya, daging korban adalah milik individu yang melakukan korban dan bukan milik penganjur atau orang ramai.

Jika pemilik belum memberi keizinan, perbuatan mengambil daging tersebut dianggap salah kerana melibatkan hak orang lain.

MENARIK DIBACA: Kawan asyik ajak makan di luar setiap hari, siap 'atur' kedai tapi kedekut kereta - "Dia kata minyak mahal"

MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

3. Kasar terhadap haiwan sembelihan

Ada situasi haiwan dilayan dengan kasar, ditarik secara keterlaluan atau disembelih dalam keadaan ketakutan.

Islam menekankan sifat ihsan terhadap haiwan termasuk memastikan pisau benar-benar tajam dan tidak mengasah pisau di hadapan haiwan korban.

Malah Nabi Muhammad SAW mengingatkan agar haiwan sembelihan 'direhatkan' dan tidak diseksa sebelum disembelih.

Perbuatan mengambil daging tanpa izin dianggap salah kerana melibatkan hak orang lain.

4. Kongsi korban melebihi jumlah dibenarkan

Seekor lembu atau unta hanya boleh dikongsi maksimum tujuh bahagian sahaja.

Namun ada yang menggunakan duit kutipan ramai sehingga melebihi had dibenarkan syarak.

Bagi kambing pula, seekor hanya untuk seorang peserta korban, walaupun pahala boleh diniatkan untuk ahli keluarga.

5. Guna wang dari sumber haram

Ibadah korban bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT, justeru sumber kewangan digunakan mestilah halal.

Menggunakan wang hasil riba, judi atau sumber tidak sah untuk membeli haiwan korban bertentangan dengan tuntutan agama.

Ini kerana Allah hanya menerima amalan dan pemberian dari sumber yang baik serta halal.

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi menuntut kefahaman dan keikhlasan dalam melaksanakannya.

Justeru, umat Islam disaran mengambil tahu hukum-hakam asas agar ibadah dilakukan benar-benar menepati syariat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita kongsi pengalaman masak laksa Johor untuk Tunku Azizah, dapat ilmu berharga gara-gara kacang panjang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Tamak 'order' makanan, restoran bufet kenakan caj jika pelanggan muntah

Terhangat