info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

[V] 200,000 makanan dihantar sehari tanpa silap, sistem lama Dabbawala lebih efisien dari aplikasi moden?

Lead Image

ZAMAN sekarang semuanya bergantung pada teknologi! Nak cari jalan, pesan makanan, hantar barang semuanya guna aplikasi.

Bagaimanapun di Mumbai, India, terdapat satu sistem penghantaran makanan dikenali sebagai Dabbawala yang sudah beroperasi lebih 100 tahun.

Malah, ramai menganggap ia antara sistem penghantaran makanan paling efisien di dunia.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @travelmission, Dabbawala membuktikan kerja berpasukan dan sistem yang tersusun sudah cukup untuk memastikan setiap bekal sampai kepada pemiliknya tanpa perlu bantuan teknologi moden.

Pengguna ini berkongsi rakaman video pekerja Dabbawala sedang mengagihkan bekalan mengikut kawasan.

Apa yang lebih mengagumkan, kadar kesilapan yang berlaku dikatakan cuma empat bagi setiap satu juta bekal yang dihantar. 

"Tak guna GPS, tak guna sebarang aplikasi tapi tak pernah salah hantar. Bagaimana mereka lakukan?

"Tahu tak berapa banyak kadar kegagalan mereka? Empat daripada satu juta. Hampir 99.99 peratus! Mereka buat on time, every time," katanya menerusi hantaran video.

Lelaki itu turut berkongsi rakaman video beberapa pekerja Dabbawala dilihat sedang mengagihkan bekalan di pinggir jalan Mumbai.

Perkataan 'dabba' dalam bahasa Hindi bermaksud bekas atau bekal makanan.

MENARIK DIBACA: Goreng sekali kulit, ada bawang dan rempah... Cekodok pisang versi India tular!

MENARIK DIBACA: 'Dugaan' dapat jiran India! Aroma kari buat ramai tak keruan, tak malu hulur pinggan

Setiap pagi, pekerja Dabbawala akan mengambil bekal makanan yang dimasak sendiri oleh ahli keluarga pelanggan di rumah. 

Kemudian, bekal itu dihantar ke pejabat atau tempat kerja pelanggan tepat pada waktu makan tengah hari.

Sepanjang perjalanan, bekal-bekal ini akan 'berpindah tangan' beberapa kali dan menggunakan pelbagai jenis pengangkutan seperti basikal, berjalan kaki serta kereta api untuk sampai ke destinasi pelanggan.

'Rahsia' mereka bukan kemajuan teknologi, tetapi sistem kod.

Setiap bekal akan ditanda dengan gabungan nombor, simbol dan warna yang menunjukkan kawasan, stesen kereta api serta destinasi akhir.

Setiap beg bekalan mempunyai kod khas yang membezakan kawasan.

Kod inilah yang membantu setiap pekerja tahu ke mana bekal perlu dihantar tanpa timbul sebarang kekeliruan serta kurang risiko kesilapan.

"Mereka akan hantar dengan tepat. Mereka akan agihkan setiap makanan mengikut kawasan dan boleh 'cover' seluruh kawasan Mumbai Selatan.

"Kalau anda tengok pada setiap bekas makanan, ada tulisan. Itu adalah kod untuk mereka," jelasnya.

Menurut data, sistem Dabbawala yang diperkenalkan sejak 1890 kini mempunyai kira-kira 5,000 pekerja dengan lebih 200,000 bekal makanan dihantar setiap hari di seluruh Mumbai.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lelaki masih simpan botol susu zaman bayi sejak 1976, kesan Milo nampak jelas

Terhangat