info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Biskut Oreo biasanya manis, kini tampil dengan krim ayam goreng KFC pula!

Lead Image

BIASANYA bila sebut biskut Oreo, perkara pertama terbayang di minda pastinya biskut coklat dengan krim manis di tengah.

Bagaimanapun lain pula ceritanya di China apabila Oreo tampil dengan perisa yang dianggap aneh iaitu ayam goreng KFC.

Kolaborasi pelik tetapi menarik antara Oreo China dan KFC itu dilancarkan pada 31 Julai lalu sebagai sebahagian daripada koleksi edisi terhad Playful Time Travel.

Menerusi kerjasama tersebut, rasa ayam goreng ikonik KFC diolah menjadi inti biskut Oreo.

Kolaborasi Oreo dan KFC di China hadir sebagai produk edisi terhad dengan gabungan rasa manis, masin dan berempah.

Menerusi laporan media, bagi keluaran Oreo itu, intinya direka khusus dengan rasa masin dan berempah diinspirasikan daripada ayam goreng resipi original KFC.

Sementara itu, bahagian luar biskut itu pula masih mengekalkan kepingan biskut coklat Oreo yang biasa dinikmati.

MENARIK DIBACA:  Pelanggan kecewa... Pesan nasi, tomyam dan telur dadar tapi satu menu pun tak boleh makan!

MENARIK DIBACA: Meriah menjelang Ramadan... Lepas 'shopping' di Pasar Chow Kit, baru faham kenapa ramai redah walau sesak

Lebih menarik, salah satu bahagian biskut turut menampilkan logo KFC menggantikan logo Oreo manakala pembungkusnya menggunakan warna merah dan putih sinonim dengan rangkaian restoran makanan segera itu. 

Bagi yang tidak begitu yakin dengan gabungan rasa ayam goreng dan biskut coklat, jangan risau kerana Oreo turut memperkenalkan satu lagi perisa dalam koleksi sama iaitu Retro Popcorn. 

Kedua-dua perisa itu dijual dalam kotak 87 gram setiap satu, manakala jika mahu mencuba kedua-duanya boleh dapatkan pek gabungan seberat 174 gram. 

Produk ini hanya berada di pasaran China dan belum ada pengumuman mengenai pelancarannya di negara lain.

Malah, produk itu turut muncul di platform beli-belah China, JD, sekali gus membolehkan peminat yang benar-benar ingin mencuba mendapatkan produk berkenaan melalui saluran import. 

Kalau ikut bayangan rasa, kombinasi itu memang kedengaran agak ‘berani’ kerana biskut coklat biasanya manis digandingkan dengan inti masin, berempah dan seakan ayam goreng.

Jenama tersebut memang terkenal dengan penghasilan perisa edisi terhad dan kolaborasi yang membuatkan peminat tertanya-tanya tentang rasa sebenar sebelum mencubanya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Makanan atas kapal Titanic, sajian kelas atasan dan bawahan jauh beza

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Tak ada laici dalam laicikang, pelanggan terkejut jumpa telur puyuh!

Terhangat