info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Kentang di Korea Selatan ‘masak’ dalam tanah akibat cuaca panas ekstrem, harga sayur melonjak

Lead Image

GELOMBANG panas ekstrem yang melanda Korea Selatan kini bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian penduduk, malah turut memberi kesan kepada sektor pertanian.

Bayangkan, kentang yang masih tertanam dalam tanah pun boleh menjadi lembut seperti 'dimasak' akibat suhu panas melampau.

Memetik laporan media tempatan, seorang petani di wilayah Gangwon dikenali sebagai Lee Sang-hyuk terkejut selepas menggali tanaman kentangnya ketika proses tuaian apabila mendapati kentang berkenaan sudah menjadi lembik dan hancur seperti bubur.

Tanaman kubis milik Lee turut musnah sehingga menyebabkan kerugian.

Jelasnya, tanaman kentang berubah tekstur dalam masa singkat padahal masih kelihatan sihat seminggu sebelum kejadian.

Bukan sahaja kentang, tanaman kubis milik Lee turut musnah menyebabkan kerugian dianggarkan sekurang-kurangnya puluhan juta won (sekitar RM100,000)

Kesan gelombang panas turut dirasai oleh sektor penternakan dan akuakultur.

Menurut laporan The Korea Times, lebih 900,000 ekor haiwan ternakan mati dalam tempoh seminggu, manakala kira-kira 864,000 ekor ikan ternakan turut berdepan nasib sama akibat suhu air meningkat mendadak.

MENARIK DIBACA: Cuaca panas melampau, Korea Utara saran rakyat makan sup daging anjing

MENARIK DIBACA: Maryam You Narae ajar petua Korea... Campuran buah pear, lobak putih bantu cairkan kahak bayi

Kerosakan tanaman dalam jumlah besar juga menyebabkan harga bahan makanan di Korea Selatan naik dengan ketara, terutama sayur-sayuran.

Harga bayam dilaporkan melonjak lebih 150 peratus, manakala harga salad pula meningkat sehingga 41.7 peratus.

Situasi itu sudah tentu memberi tekanan kepada pengguna kerana bekalan hasil pertanian terjejas dalam tempoh yang sama.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita anggap rakan lelaki bawa bekal paprik 'ditipu' isteri sendiri - "Macam masak kicap je"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Baru nak makan, pelanggan terkejut jumpa anak lipas dalam salad

Terhangat