Pelancong Asia kongsi layanan diterima di restoran di Itali, banyak perkara tak menyenangkan!
BERCUTI ke luar negara membukapeluang untuk kita mencuba pelbagai makanan di negara orang sambilmenikmati kelainan suasana.
Seorang wanita dari Asia berasa kurang selesa ketika singgah makan di beberapa restoran di Itali kerana mendakwa dirinya sering diabaikan oleh pelayan.
Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Jane, pengalaman kurang menyenangkan itu bukan berlaku di satu restoran sahaja, malah didakwaberlaku beberapa kali ketika dia menjamu selera di tempat berbeza.
"Orang Itali benar-benar membenci orang Asia. Semua yang kamu dengar di TikTok itu nyata. Pelayan memandang kamu seperti kamu bodoh.

"Saya mengalaminya hampir setiap kali makan di restoran di sini," katanya dalam video tersebut.
Dalam video dimuat naik diTikTok,dia dilihat berjalan pada waktu malam di celah bangunan bersejarah di Itali sambil menceritakan pengalaman dilaluinya.
Menurutnya, pelayan terbabit tidak datang ke mejanya untuk menawarkan minuman atau mengambil pesanannya.
Sebaliknya, dia mendakwa pasangan berkulit putih duduk di meja sebelah beberapa kali dihampiri oleh pelayan sama.
Pengalaman itu membuatkan Jane mula menyedari perbezaan layanan diterimanya berbanding pelanggan lain di restoran berkenaan..
"Saya melihat pinggan di sebelah saya. Kami memesan makanan sama, tetapi pencuci mulutnya diberi kayu manis, sedangkan saya punyatidak," dakwanya.
MENARIK DIBACA: Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"
MENARIK DIBACA:Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak
Jane turut mendakwa ada pelayan yang mengelak daripada bertentangmata ketika dia cuba membuat pesanan tambahan.
Menurutnya, dia terpaksa cuba menarik perhatian beberapa orang kakitangan sebelum akhirnya mendapat respons.
Bagaimanapun, Jane mengakui bukan semua individu ditemuinya di Itali memberikan layanan kurang menyenangkan.
Katanya, dia tetap bertemu dengan orang baik dan mesra sepanjang berada di negara berkenaan.

"Ini bukan hanya berlaku di satu restoran. Perkara seperti ini berlaku di banyak tempat berbeza.
"Sudah tentu ada orang baik kita temui di mana-mana, tetapi saya merasakan terdapat satu pola bahawa mereka tidak menyukai saya," kongsinya lagi.
Bagaimanapun, dakwaan Jane itu merupakan pengalaman peribadinya dan tidak boleh dianggap sebagai gambaran layanan semua restoran atau masyarakat di Itali terhadap pelancong dari Asia.