info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Disangka percuma, pelanggan terkejut segelas air suam berharga RM1.60

Lead Image

RAMAI mungkin menyangka tindakan memesan air suam di kedai makan sebagai permintaan kecil yang mungkin tidak akan dikenakan bayaran.

Seorang pelanggan dipercayai warga Indonesia terkejut apabila segelas kecil air suam dipesannya di sebuah kafe di Singapura berharga RM1.60, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Perkara itu dikongsikan pelanggan tanpa nama tersebut menerusi kumpulan Facebook 'Complaint Singapore' bersama gambar resit makanan diterimanya.

Menurut laporan media antarabangsa, pelanggan itu tidak mendedahkan nama atau lokasi kafe berkenaan.

Caj air suam mencetuskan perdebatan netizen

Dalam gambar resit dikongsikan, terdapat butiran menunjukkan segelas air suam berharga kira-kira RM1.60.

Air berkenaan pula dihidangkan menggunakan cawan putih bersaiz kecil.

“Segelas kecil air suam berharga RM1.60. Betulkah air semahal ini di Singapura?” tulisnya.

Perkongsian berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang bersetuju dan menganggap caj tersebut agak mengejutkan.

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

Malah, seorang netizen mendakwa dia juga pernah dikenakan caj sekitar RM1 untuk segelas air panas.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap caj itu masih berpatutan berbanding sesetengah premis mengenakan bayaran sekitar RM5.

Isu berkenaan akhirnya mencetuskan perdebatan mengenai caj kecil yang dikenakan sesetengah premis kepada pelanggan.

Walaupun ada yang menganggap air suam atau air panas sepatutnya diberikan secara percuma, sebahagian yang lain melihat caj tersebut sebagai sebahagian daripada kos operasi sesebuah kafe atau kedai makan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

3 idol K-Pop ini peminat ais krim 'mint chocolate chip'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Murid jual 'choco jar' RM1, ramai terkesima tengok coklat digunakan

Terhangat