3 idol K-Pop ini peminat ais krim 'mint chocolate chip'
AISKRIM biasanya menjadi pilihan ramai kerana rasanya manis menyegarkan, tetapi terdapat satu perisa sering membuatkan selera ramai berpecah kepada dua kumpulan.
Ada cukup menggemari gabungan pudina dan coklat, manakala tidak kurang terus menolak perisa ini kerana rasa pudina kuat dalam pencuci mulut.
Menurut laporan media antarabangsa, perisa berkenaan adalah ais krim berasaskan vanila atau krim susu dicampurkan dengan pudina serta kepingan kecil coklat, 'mint chocolate chip'.
Gabungan perisa aiskrim ini menghasilkan rasa manis daripada ais krim dan coklat, selain sensasi segar daripada pudina meninggalkan rasa ‘semriwing’ selepas menikmatinya.

Keunikan gabungan aiskrim bagaimanapun mendapat perhatian beberapa selebriti popular Korea Selatan kecintaan mereka terhadap perisa berkenaan turut diketahui sebagai peminat.
Malah, mereka sanggup mempertahankannya ketika berdepan dengan rakan tidak menyukainya.
Berikut adalah tiga selebriti K-Pop juga pencinta aiskrim 'mint chocolate chip'"
1. J-Hope dan Jungkook (BTS)
Dalam salah satu episod rancangan Run BTS!, anggota kumpulan BTS membawakan watak sebagai pelajar sekolah dan sempat berbincang mengenai perisa ais krim kegemaran mereka.
Perbincangan ini menjadi lebih kecoh apabila mereka menyentuh mengenai 'mint chocolate chip' sememangnya terkenal sebagai perisa kontroversi.
MENARIK DIBACA: Subur, gemuk-gemuk! Bayam tumbuh berselerak di kebun Farah Ahmad buat ramai 'geram'
MENARIK DIBACA: Keenakan mi lidi jadi bualan, 'kalah' mi kuning - "Rencah bodoh-bodoh sedap dah"
Jin secara berseloroh menganggap perisa tersebut sebagai satu pembaziran sumber, namun J-Hope dan Jungkook tampil mempertahankannya.
Kedua-duanya jelas berada dalam kumpulan menggemari gabungan rasa pudina dan coklat tersebut.
2. Taeyeon (Girls' Generation)
Bagi Taeyeon pula, minat terhadap 'mint chocolate chip' bermula dengan pengalaman agak menarik.
Penyanyi kumpulan Girls' Generation ini pada asalnya bukan peminat perisa berkenaan.
Sekitar 2018 ketika berada di Jepun bersama rakan sekumpulannya, Tiffany, dia dipujuk untuk mencuba ais krim 'mint chocolate chip'.
Selepas merasainya, pandangan Taeyeon terhadap perisa tersebut berubah dan kemudiannya menjadi salah seorang peminatnya.

3. IU
Penyanyi solo popular Korea Selatan, IU, juga tidak ketinggalan dalam senarai peminat aiskrim 'mint chocolate chip'.
IU pernah bercakap mengenai kegemarannya terhadap perisa berkenaan ketika menjawab soalan daripada peminat.
Malah, dia pernah menyatakan rasa sedih apabila ada orang tidak dapat menikmati daya tarikan gabungan pudina dan coklat ini.
Walaupun 'mint chocolate chip' sering menjadi perisa yang mencetuskan perdebatan, ternyata ia tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Dalam kalangan peminat K-Pop pula, kisah pilihan makanan dan minuman selebriti kesayangan sering menjadi perkara menarik untuk dikongsikan, termasuklah perisa ais krim kegemaran mereka.