info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Lauk 'frozen' tak 'gah' macam dalam iklan, pelanggan kecewa sampai tak lalu makan

Lead Image

APABILA membeli makanan secara dalam talian, pelanggan biasanya teruja untuk mencuba apabila melihat gambar dalam iklan. 

Malang nasib seorang pengguna Threads apabila mendakwa lauk 'frozen' (sejuk beku) yang dibelinya jauh berbeza berbanding apa yang dipaparkan peniaga.

Individu berkenaan berkongsi beberapa jenis lauk dibelinya termasuk ikan kembung masak kicap, udang sambal dan ayam paprik.

"Frozen food saya dapat tak seperti ditunjukkan dalam iklan peniaga.

Lauk sejuk beku menjadi pilihan mudah untuk disimpan dan dinikmati di rumah tanpa perlu memasak dari awal.

"Ikan kembung masak kicap, mana kuah kicap? Udang sambal, sambal dan udangnya sedikit. Ayam paprik pula?" kongsinya.

Lebih mengecewakan, individu itu mendakwa makanan berkenaan akhirnya tidak dijamah oleh ahli keluarga.

"Sehinggakan kami anak-beranak tak sanggup nak makan. Bila minta penjelasan, sedikit pun tak mahu balas," katanya.

MENARIK DIBACA: 7 'street food' terbaik Asia Tenggara, nasi lemak masuk senarai

MENARIK DIBACA: Nasi lemak ditukar nama kepada Nanyang Coconut Rice, netizen Malaysia lancar 'perang'

Dalam hantaran sama, dia meluahkan rasa kecewa kerana harga dibayar menurutnya tidak setara dengan lauk diterima.

"Kecewa betul. Harga dibayar bukan kecil untuk lauk macam ini," katanya lagi.

Individu berkenaan turut mengatakan bahawa dia serba salah untuk berkongsi gambar iklan bersama makanan diterima kerana bimbang tindakannya dianggap menjatuhkan perniagaan orang lain.

Makanan kurang menepati cita rasa boleh memberi impak terhadap emosi keluarga.

"Kalau saya letak gambar iklan dengan apa yang saya dapat, nanti dianggap menjatuhkan perniagaan Melayu.

"Harap kedai ini perbaiki cara menyediakan makanan," tambahnya.

Perkongsian tersebut turut membuka ruang perbincangan mengenai jangkaan pelanggan apabila membeli makanan berdasarkan gambar promosi  disediakan peniaga.

Bagi pelanggan, gambar dan penerangan produk menjadi antara rujukan sebelum membuat pembelian dan wajar buat peniaga mengetengahkan produk munasabah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Individu dakwa terbeli telur tiruan, kongsi cara bezakan antara palsu dan asli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

3 idol K-Pop ini peminat ais krim 'mint chocolate chip'

Terhangat