Jarang berlaku di Rembayung! Bella Astilah, Syed Saddiq diserbu... Pelanggan dah 'tak nampak' KA
KEHADIRAN penyanyi Bella Astilah bersama tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di restoran Rembayung bukan sekadar makan tengah hari biasa, sebaliknya bertukar menjadi 'pesta' kecil yang mencuri perhatian pelanggan lain.
Selain berpusu-pusu bergambar dengan pasangan itu, sesi makan tengah hari itu turut memperlihatkan suasana yang jarang berlaku di Rembayung apabila pemiliknya yang juga pempengaruh makanan, Khairul Aming (KA) seolah-olah 'diketepikan' buat seketika.
Tanpa disedari, kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sim Chee Keong (Steven Sim) bersama mereka juga 'tenggelam' dek aura Bella dan ahli Parlimen Muar itu apabila rata-rata tetamu lebih teruja untuk merakam gambar bersama pasangan berkenaan.

Perkongsian video pendek menunjukkan suasana di restoran itu dan diserikan dengan gurauan nakal pihak Rembayung juga mengundang pelbagai reaksi warganet.
"Rembayung dah ada menu baharu, nasi minyak," demikian perkongsian di akaun media sosial Rembayung sambil lagu klasik perkahwinan Melayu Direnjis-renjis dipilis' digunakan sebagai latar.
Perkongsian itu meraih perhatian netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengusik pasangan itu di ruangan komen.
MENARIK DIBACA: Tak sangka santan boleh jadi syampu... Bantu lebatkan rambut, atasi masalah gugur
MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam
"KA dah tak diperlukan untuk bergambar di Rembayung.
"Kali ni KA ditolak tepi di Rembayung, ye la.

"KA terciduk kali ni!
"Tenggelam KA, kami nampak BASS (Bella Astilah, Syed Saddiq) je," antara komen netizen.
Ada juga yang menganggap Khairul Aming pada ketika itu lebih tenang dan memberi tumpuan terhadap tugasnya di restoran.
"KA dah boleh duduk dekat kaunter diam-diam.
"KA boleh fokus kerja sebab 'customer' kejar BASS untuk bergambar.
"Ini owner Rembayung sendiri nak bergambar dengan mereka!" komen netizen lagi.

Tidak kurang juga yang menyedari kehadiran menteri lain yang seakan ‘terlepas pandang’.
"Jap, berapa ramai orang perasan ada menteri sekali tu? Semua ambil gambar Bella je." komen warganet.