Suri rumah bangga, teruja dapat menyusu anak tak kira masa... Pelik ada yang suruh ajar bayi guna botol
ISU lambat 'putus susu' dianggap masalah biasa dihadapi golongan ibu yang memberikan susu badan kepada anak mereka.
Lagi-lagi dalam kalangan ibu yang berkerjaya, melayan kerenah anak-anak yang masih menyusu memang sangat mencabar.
Tak hairanlah ramai ibu memilih untuk menggunakan botol susu sebagai alternatif, namun lain pula ceritanya dengan suri rumah ini.
Menerusi hantaran di Threads, dia meluahkan rasa kurang senang apabila ada yang mempersoalkan keputusannya untuk terus menyusu badan, sedangkan dia berada di rumah bersama anaknya sepanjang masa.

Menurut wanita itu, dia tidak melihat keperluan untuk dirinya mengepam susu dan menyimpannya di dalam botol kerana anak sentiasa berada di bawah jagaannya.
“Nape eh bile orang tau yang aku menyusu badan mesti suruh ajar pakai botol? Aku suri rumah kot, 24 jam anak depan mata aku, buat apa nak ajar botol?
“Dah senang-senang selak baju kasi 'nenen', nak suruh aku penat pam kasi botol? Nak kena tambah kerja membasuh pam dengan botol pula,” katanya.
Tambahnya lagi, memberi susu badan bukan sekadar keperluan untuk bayi, tetapi satu momen istimewa yang mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
MENARIK DIBACA: Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"
MENARIK DIBACA: Nak galakkan pengeluaran susu badan, air kotak jadi 'BFF' sepanjang berpantang
“Lagipun aku rasa menyusu badan ni satu-satunya aktiviti yang orang lain tak boleh 'replicate'. Dia macam 'bonding' masa menyusu ni, cuma aku je boleh buat dengan 'baby' aku.
“Aku tak nak orang lain pun rasa 'special moment' ni dengan 'baby', aku je boleh buat. Yang menyusu badan mungkin faham perasaan tu kot?” luahnya lagi.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen dengan ada yang bersetuju pandangan wanita berkenaan, terutama bagi ibu yang berada di rumah sepenuh masa.

"Kalau saya ada pilihan untuk tidak bekerja dan berada di sisi bayi saya 24 jam sehari, saya langsung tidak akan sentuh pam susu.
“Boleh 'direct feed' 24 jam la seronok. Tak payah beli 'pump', tak payah basuh-basuh, tak payah buat stok,” antara komen netizen.
Namun begitu, ada juga yang berpendapat penggunaan botol susu tetap penting dalam situasi tertentu, terutama ketika kecemasan atau keadaan kesihatan ibu yang tidak menentu.
“Sebab sakit tu kita tak bau dan tak tahu bila 'dia' nak datang. Macam saya, anak tujuh bulan masih menyusu. Terpaksa tinggalkan lima hari sebab saya 'warded' akibat serangan asma yang teruk sampai paru-paru kecut. Anak saya kurang nak susu botol, jadi agak mencabar,” seorang netizen berkongsi pengalaman.