KUALI | Dunia

Sangka keracunan biasa, wanita diserang penyakit usus kronik lepas makan bijirin tamat tempoh

Lead Image

GARA-gara menikmati semangkuk bijirin tamat tempoh ketika sarapan, seorang wanita dari Amerika Syarikat terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala muntah berpanjangan.

Memetik laporan The Mirror, Emile Cullum yang juga seorang ibu kepada tiga anak pada mulanya hanya menyangka dirinya mengalami keracunan makanan ringan selepas menikmati semangkuk bijirin pada November 2024.

Bagaimanapun keadaan menjadi semakin serius apabila dia mula muntah tanpa henti selama 10 hari berturut-turut hingga memaksa dia mendapatkan rawatan di hospital.

Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan wanita berusia 36 tahun itu menghidap 'Crohn's disease' iaitu penyakit radang usus menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan penurunan berat badan.

Emile memberitahu ujian lanjut beberapa bulan kemudian membawa kepada diagnosis kedua yang lebih serius iaitu 'gastroparesis'.

"Masa jumpa pakar, dia mengatakan bahawa perut saya  gagal berfungsi dengan normal dan makanan tidak dapat diproses seperti sepatutnya," katanya.

MENARIK DIBACA: Kanak-kanak Rusia didakwa kelaparan sampai kutip makanan di kubur, situasi ekonomi jadi persoalan

MENARIK DIBACA: 4 sekeluarga maut dalam masa 24 jam selepas makan tembikai

Keadaan Emile semakin merosot apabila dia mengalami kesukaran menelan makanan dan berat badannya jatuh mendadak dari sekitar 53kg kepada hanya 30kg dalam tempoh beberapa bulan.

"Doktor cakap saya tak boleh langsung nak naikkan berat badan, ibarat dipaksa menjadi anoreksia," ujarnya.

Akibat keadaan itu, Emile terpaksa menjalani rawatan pemasangan tiub pada usus untuk menaikkan berat badan dengan lebih cepat.

Hasilnya, berat badan meningkat sekitar enam kilogram sepanjang menerima rawatan lanjut sepanjang hampir dua tahun.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Suri rumah bangga, teruja dapat menyusu anak tak kira masa... Pelik ada yang suruh ajar bayi guna botol

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

30 tahun di Malaysia, lelaki ini buka gerai roti canai lepas balik Indonesia! Roti sarang burung, martabak pun ada

Terhangat