Lelaki buntu, awek asyik 'reject' hanya sebab ada 'pakej' pandai dan rajin masak - "Di mana silapnya?"
TIDAK semua lelaki memiliki kebolehan dan kemahiran memasak.
Jika mereka tahu memasak sekalipun, belum tentu rajin masuk ke dapur setiap hari apatah lagi jika sudah beristeri.
Pendek kata, lelaki yang ada 'pakej' tahu memasak dan rajin memang boleh masuk kategori 'edisi terhad'.
Tapi ternyata, tidak semua lelaki yang tahu memasak itu mampu memikat hati wanita untuk dijadikan teman hidup.

Seperti dikongsikan seorang lelaki di Threads, dia yang masih berstatus bujang itu mendedahkan bahawa dirinya kerap kena 'reject' oleh wanita gara-gara gemar memasak.
Dalam hantarannya, dia memaklumkan dirinya gemar membeli barang dapur secara bulanan kerana akan memasak setiap hari.
Namun apa yang membuatkan dia hairan apabila tidak ada wanita mahu mendekati dirinya selepas mengetahui tentang rutinnya itu,
MENARIK DIBACA: Patutlah sedap! Ini rahsia buat sambal terasi Indonesia, tahan lama tak cepat basi
MENARIK DIBACA: Nak berjimat pun berpada-pada! Ini jenis makanan dilarang bawa masuk ke Korea Selatan
"Assalamualaikum korang. Normal ke lelaki bujang suka beli barang dapur untuk sebulan?
"Kenapa ramai perempuan 'reject' aku bila tahu aku suka masak hari-hari dan makan di rumah? Di mana silapnya?" soal pemuda tersebut.
Luahan hati lelaki itu menarik perhatian warganet yang meninggalkan pelbagai komen tentang masalah dihadapinya.
Salah seorang pengguna berpendapat, lelaki yang pandai memasak selalunya bersikap cerewet sehingga membuatkan perempuan takut untuk bersamanya.

"Dia begini, kadang-kadang bukan 'reject', tapi selalunya lelaki yang pandai masak, dia akan jadi cerewet.
"Bila perempuan pula jenis tak berapa pandai masak, mesti mereka akan kena 'judging'," katanya.
Seorang pengguna wanita pula berkongsi perkara serupa apabila memberitahu adik lelakinya juga berdepan isu serupa gara-gara pandai masak.

"Normal dik, adik akak umur dah 30 tahun, masih bujang. Kalau balik rumah akak, dia manusia paling gembira sebab dapat ambil macam-macam barang masak.
"Adik akak hari-hari masak," ujarnya.
Dalam pada itu, terdapat juga komen yang menyatakan bahawa tindakan perempuan menolak cinta seorang lelaki yang pandai masak adalah sesuatu yang merugikan.
"Rugilah perempuan yang 'reject' awak. Bukan mudah nak jumpa lelaki yang suka masak dan makan di rumah. Moga berjumpa dengan jodoh yang sesuai," katanya.