KUALI | Viral

Pelanggan tak 'menekan', minta tolong cara baik... Rider setuju ambil 'job' buang sampah upah RM5

Lead Image

DALAM dunia penghantaran makanan, rider bukan sahaja berdepan cuaca panas dan hujan sebaliknya turut menerima permintaan luar jangkaan daripada pelanggan.

Perkongsian seorang penghantar makanan di Threads mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila dia menerima permintaan luar biasa daripada seorang pembeli, dipercayai seorang wanita.

Menerusi gambar tangkap layar mesej perbualan yang dikongsi, pelanggan berkenaan dilihat meminta rider itu membantu membuang sampah dengan menawarkan bayaran tambahan sebanyak RM5 sebagai upah.

Lebih mencuri perhatian apabila pelanggan tersebut turut 'muncul' di Threads dengan membuat ulang siar (repost) hantaran rider itu yang tular.

Pelanggan berkenaan turut mengambil peluang untuk jelaskan keadaan dilaluinya.

Pelanggan itu berseloroh dengan memaklumkan bahawa bawang yang digunakan untuk menindih duit upah masih selamat. 

MENARIK DIBACA: Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'

MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala

"Repost ulang. Terima kasih bang dah tolong saya. Korang bawang selamat lagi," kongsinya.

Wanita itu turut menjelaskan dia terpaksa minta bantuan rider berkenaan kerana berdepan masalah. 

"Family ada kat hospital, dah penat keluar masuk rumah. Nak buang sampah pun dah tak larat, baby pun dah tidur. 

"Tak nak tinggal dia seorang, tu la minta tolong abang Grab," katanya.

Pelanggan berkenaan turut berseloroh RM5 dijadikan upah ditinggalkan dibawah bawang dan bahan masakan itu masih selamat.

Tangkap layar perbualan antara mereka kemudian dikongsikan di media sosial dan pantas meraih perhatian ramai.

Rata-rata netizen terhibur dengan kisah mereka berdua, malah ada yang mengakui pernah menerima permintaan pelik ketika menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama sebagai rider, termasuk diminta membeli barang tambahan, mengangkat barang malah membantu melakukan kerja rumah ringan.

Komen netizen.

"Paling best dapat tips dan makanan, cuma kena jalankan tugas skodeng rumah, ada tak kereta warna sekian-sekian kat rumah, makanan tu awak tak payah hantar, awak makan je.

"Saya pernah dapat pelanggan tu order teh o ais dekat Grabfood semata nak minta saya tolong kutipkan baju kat ampaian sebab nak hujan and customer tu tengah kerja, Alhamdulillah dapat tip ngan teh o ais tadi," antara komen warganet 

Bagaimanapun, ada juga netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan pelanggan menggunakan perkhidmatan penghantar makanan untuk membuang sampah kerana dianggap di luar skop tugas rider.

Menurut mereka, penghantar makanan sepatutnya fokus kepada urusan penghantaran dan bukannya dijadikan 'pekerja' untuk tugasan peribadi pelanggan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Lelaki buntu, awek asyik 'reject' hanya sebab ada 'pakej' pandai dan rajin masak - "Di mana silapnya?"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

Terhangat