info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ingatkan tak berbau tak ada masalah, ini sebab manggis dilarang masuk hotel

Lead Image

PERNAH tak anda melihat papan tanda yang melarang tetamu membawa masuk durian atau manggis ke dalam hotel?

Kalau durian, kebanyakan orang mungkin sudah tahu sebabnya. 

Bau buah tersebut yang kuat boleh mengganggu keselesaan tetamu lain dan aromanya mungkin akan melekat di bilik atau perabot untuk tempoh yang lama.

Perkongsian itu mencuri perhatian ramai.

Bagaimana pula dengan manggis yang tidak mempunyai bau kuat seperti durian?

Persoalan itu turut dibangkitkan oleh seorang pengguna menerusi Threads apabila memuat naik gambar papan tanda larangan membawa masuk durian dan manggis ke hotel.

"Genuine question... why mangosteen?" tulisnya.

MENARIK DIBACA: Kualiti premium, rasa manis.... Nanas MD2 Malaysia tembusi pasaran New Zealand

MENARIK DIBACA: Durian Malaysia dianggap terbaik, banyak manfaat kesihatan - Ahli kimia AS

Hantaran tersebut kemudian mencuri perhatian ramai netizen yang tampil menjelaskan sebab di sebalik larangan berkenaan.

Menurut seorang pengguna, punca utama adalah kerana kulit buah itu mengandungi pewarna semula jadi yang sangat terang dan sukar dibersihkan.

Katanya, kulit manggis mengandungi pigmen seperti 'anthocyanin' yang menghasilkan warna merah keunguan, selain 'xanthones' dan 'tanin' yang boleh meninggalkan kesan kotoran degil.

Komen netizen di media sosial.

"Jika terkena pada fabrik atau kain pada mana-mana peralatan hotel, memang susah nak tanggal. Kalau guna peluntur sekali pun, ia boleh merosakkan warna kain tersebut," jelasnya.

Selain pigmen pada kulit buah, ada juga netizen yang berpendapat getah manggis turut menjadi antara faktor larangan tersebut.

Getah berwarna kekuningan yang terdapat pada kulit manggis boleh meninggalkan kesan tompokan pada permukaan fabrik.

"Getah manggis kot. Getahnya kuning dan susah tanggal. Masa kecil dulu pernah kupas manggis, memang tahu macam mana susahnya nak hilang," komen seorang pengguna.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

[V] Jijik! Tular staf tak berbaju bergembira pijak ayam dalam besen

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ramai setuju kopi 'ubat' sebenar nak mudah buang air besar, bantu individu ada sembelit

Terhangat