[V] Jijik! Tular staf tak berbaju bergembira pijak ayam dalam besen
SEBUAH restoran ayam goreng dikecam teruk selepas tular video memaparkan seorang pekerjanya memijak kulit ayam mentah dalam besen.
Rakaman tersebar di laman sosial itu mengundang rasa jijik dalam kalangan netizen yang bimbang tentang tahap kebersihan makanan di restoran berkenaan.
Memetik laporan Mothership, kejadian tersebut t berlaku di cawangan Wu Liang Wu Fried Chicken di wilayah Taiping, Taichung.

Dalam video itu, seorang lelaki yang tidak berbaju dilihat berdiri di dalam sebuah bekas berisi kulit ayam mentah sebelum berulang kali memijaknya.
Lelaki tersebut sempat ketawa dan bergurau kononnya dia sedang melakukan 'eksfoliasi' atau rawatan pengelupasan pada kulit ayam berkenaan.
Turut kelihatan beberapa bekas lain yang dipenuh kulit ayam mentah di sekelilingnya.
Selain kecaman, ramai netizen bertindak meninggalkan ulasan satu bintang di Google sebagai tanda protes terhadap restoran tersebut.
MENARIK DIBACA: [V] Jijik! Tular video tikus berkeliaran atas makanan di kedai malatang, KKM diminta ambil tindakan
MENARIK DIBACA: [V] Sejarah hitam nasi dagang, wanita dakwa jumpa objek dalam bungkusan - "Dah rupa rambut penanggal"
Susulan insiden itu, pihak pengurusan Wu Liang Wu Fried Chicken tampil membuat permohonan maaf menerusi laman media sosial mereka pada 9 Jun lalu.
Bukan itu sahaja, mereka menjelaskan kulit ayam tersebut bukanlah untuk dijual kepada pelanggan sebaliknya merupakan sisa makanan.
Pekerja terbabit telah diberhentikan selain pihak pengurusan berjanji akan memperketatkan tahap kebersihan di premis mereka.

"Kami memandang serius insiden ini dan segera menjalankan siasatan dalaman serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan yang terlibat dalam video tersebut.
"Hasil siasatan mendapati kulit ayam yang dipaparkan dalam video itu merupakan sisa makanan yang telah dibuang dan bukan untuk dijual kepada pelanggan," katanya.
Menurut beberapa laporan media, pihak berkuasa keselamatan makanan Taiwan kini telah membuka siasatan dan akan menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan.