Hidang makanan dalam mangkuk pecah, warung mi ayam tetap diserbu
SEKALI pandang, ramai mungkin terkejut melihat mi ayam dihidangkan dalam mangkuk kelihatan sudah pecah atau rosak.
Sebenarnya apa yang dilihat itu adalah idea kreatif peniaga bagi menawarkan pilihan hidangan bersaiz lebih kecil kepada pelanggan sekali gus mengelakkan pembaziran.
Tawaran pilihan saiz lebih kecil membolehkan pelanggan menikmati makanan mengikut keperluan tanpa perlu membuang lebihan.

Menerusi perkongsian media antarabangsa, sebuah warung mi ayam dan bakso di Sleman, Yogyakarta, Indonesia mencuri perhatian ramai selepas memperkenalkan konsep hidangan cukup unik.
MENARIK DIBACA: [V] Jijik! Tular video tikus berkeliaran atas makanan di kedai malatang, KKM diminta ambil tindakan
MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'
Warung Mi Ayam dan Bakso Lor Polsek Seyegan menjadi tular apabila menyajikan mi ayam separuh hidangan menggunakan mangkuk yang dipotong menjadi dua bahagian.
Mangkuk khas digunakan di warung itu dibelah dua sebelum dilekatkan bahan lutsinar, sekali gus memberikan ilusi seolah-olah ia benar-benar pecah.

Harganya pula adalah 7,000 Rupiah (RM1.60) untuk setengah mangkuk, membolehkan pelanggan menikmati mi ayam dalam saiz sesuai untuk pelanggan yang kurang berselera atau tidak mampu menghabiskan satu hidangan penuh.
Idea itu bukan sahaja menjadikan pengalaman makan lebih menarik, malah berjaya mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan pelanggan.
Perkongsian mengenai mi ayam dalam ‘mangkuk pecah’ itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kreativiti pemilik warung.