KUALI | Sihat

Ada sebab timun, bawang dihidang bersama sate! Bukan sekadar hiasan pinggan

Lead Image

SETIAP kali makan sate, ramai antara kita ada satu tabiat meninggalkan hirisan timun dan bawang yang sering dianggap sebagai hiasan semata-mata.

Fokus kita biasanya cuma pada daging berkilat, kuah kacang pekat dan aroma bakar yang menggoda.

Tapi hakikatnya, kedua-dua sayuran itu didatangkan sekali bersama sate kerana dipercayai mempunyai manfaat tersendiri dari sudut kesihatan.

Pengguna tersebut berkongsi perkara itu di lama Threads.

Menurut perkongsian seorang pengguna Threads, gabungan timun dan bawang yang bersifat anti-karsinogenik dikatakan membantu mengimbangi kesan makanan dibakar.

Ini kerana proses memasak sate menggunakan arang, terutamanya apabila daging sedikit hangus di bahagian luar, boleh menghasilkan bahan karsinogenik yang dikaitkan dengan risiko kesihatan jika diambil secara berlebihan dalam jangka masa panjang.

"Timun dan bawang ni elok untuk lawan kanser sebab bersifat anti-karsinogenik. Karsinogenik ni, bahasa mudah, agen yang boleh sebabkan kanser.

MENARIK DIBACA: [V] Ibu Ruby's tawar hidangan Indonesia autentik, keenakan sate Maranggi sampai termimpi-mimpi 

MENARIK DIBACA: Nampak macam sama... Ini perbezaan kuah kacang hidangan raya dan kuah kacang untuk sate!

"Jadi, nak kurangkan bahaya karsinogen ni, kau boleh makan timun dan bawang," jelasnya.

Sekadar info, sebatian yang sering dikaitkan ialah heterocyclic amines (HCA) dan polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH), iaitu bahan yang boleh terbentuk apabila makanan berprotein tinggi dipanggang pada suhu tinggi atau menjadi terlalu hangus.

Sebab itulah dalam pemakanan sihat, keseimbangan antara makanan dibakar dan sayuran segar sering ditekankan sebagai langkah berjaga-jaga.

Keseimbangan antara makanan dibakar dan sayuran segar sering ditekankan.

Menariknya, ramai tidak sedar bahawa kombinasi ringkas di pinggan sate ini sebenarnya membawa fungsi tersendiri dan bukan sekadar pelengkap rasa.

Jadi lepas ni, kalau makan sate, jangan terus ketepikan timun dan bawang di tepi pinggan, sebaiknya makan sekali dengan daging.

Selain menambah kesegaran, ia juga memberi keseimbangan tekstur dan rasa dalam setiap suapan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

4 bahan bantu masalah gastrik, pedih ulu hati... Ambil tahu juga makanan, tabiat perlu elak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Pasangan TTC perlu tahu bagaimana kafein mempengaruhi usaha dapat zuriat

Terhangat