Cheesekut lebih jimat kos guna serbuk 'cheesecake'! Jual RM1 pun untung, tak jejas rasa
RAMAI suri rumah kini semakin kreatif memikirkan cara menghasilkan pencuci mulut sedap, kos rendah dan sekali gus mampu memberikan keuntungan jika dijual.
Antara menu yang mudah dibuat untuk dimakan sendiri atau dijual adalah cheesekut kerana menggunakan bahan tidak terlalu rumit.
Menurut perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Wany Rahman, sajian itu sebenarnya boleh dihasilkan dengan cara lebih menjimatkan tanpa menjejaskan rasa.
Menerusi hantaran di Threads, dia menyarankan mereka yang mahu menjual cheesekut pada harga RM1 agar menggunakan serbuk 'cheesecake' berperisa 'creamy vanilla' sebagai bahan utama.

"Dessert paling favourite, suri rumah yang nak jual cheesekut RM1, tolong beli serbuk cheesecake berperisa creamy vanilla ni.
"Dah tak payah guna cheese Tartura tu. Sedap sangat!
"Lagi sedap guna biskut Marie, bukan biskut tawar," tulisnya di Threads.
Menurut wanita itu, penggunaan serbuk tersebut bukan sahaja sesuai untuk dimakan sendiri malah boleh dijadikan menu jamuan atau dijual kerana kosnya lebih rendah.
MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'
MENARIK DIBACA: Dadih cair, tak beku seperti diharapkan... Anda mungkin buat 2 kesilapan ini ketika memasak
Katanya, dia sendiri pernah menyediakan mini cheesekut menggunakan serbuk berkenaan dan hasilnya cukup memuaskan.
"Nak buat jamuan pun boleh je guna serbuk cheese ni, nak buat niaga lagi boleh.
"Saya buat mini cheesekut pakai serbuk ni sedap," katanya lagi.
Individu itu turut berkongsi anggaran kos dan hasil yang boleh diperoleh jika menggunakan bahan tersebut.
"Korang guna Marie mini untuk bekas 2oz tau, jual RM1 dah dapat untung. Ni saya tak jual, buat untuk makan suka-suka.
"Cheesekut ni saya campur sikit susu cair dan susu manis boleh dapat 100 bekas," jelasnya.
Kongsinya lagi, serbuk 'cheesecake' lebih menyerlahkan rasa susu berbanding keju dan boleh diubah suai mengikut cita rasa.

"Saya mencuba tiga versi resipi berbeza dan mendapati campuran susu cair memberikan rasa yang lebih lemak dan seimbang.
"Boleh campur dengan Tartura kecil. Untuk makan sendiri saya campur dengan Tartura tapi tak dapat banyak bekas," katanya.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai pengguna media sosial, khususnya mereka yang menjalankan perniagaan makanan dari rumah.
Tip menggunakan bahan alternatif lebih ekonomi dan mampu membantu peniaga kecil mengurangkan kos, selain mengekalkan harga jualan mampu milik.