KUALI | Video
Kerabu bunga kantan pembuka selera, buat ratah pun sedap
MEMANG jarang ada di antara kita yang rajin membuat kerabu bunga kantan ikan bilis tetapi kalau terhidang di atas meja sebagai pembuka selera memang akan licin!
Kesedapannya memang tidak mengecewakan dengan aroma bunga kantan segar dicampur kerangupan ikan bilis menjadikan setiap suapan meletup di dalam mulut.
Pedas, masam, manisnya seimbang membuatkan sesiapa sahaja tak mampu berhenti makan.
Walaupun cuma dibuat untuk ratah, ia tetap sedap dan cukup memuaskan.
Tonton video penuh di YouTube Kuali.