KUALI | Tip & Trik

Jangan main beli jer, kenali jenis dan kod minyak masak

Lead Image

RAMAI beranggapan minyak masak yang dijual sama ada dalam botol atau paket hanyalah berbeza dari segi bungkusan semata-mata.

Hakikatnya, tidak semua minyak tersebut sama dari segi kualitinya.

Seorang pengguna TikTok mendedahkan bahawa setiap label minyak masak mempunyai nombor kod berbeza yang boleh dilihat pada plastik pembungkusannya.

Perkongsian pengguna tersebut di laman TikTok.

Kod tersebut biasanya bermula dengan huruf 'CP' dan tertera dalam bulatan kecil pada label produk.

"Lepas tu ada orang cakap, kenapa nak membazir? Beli je minyak paket sama je. Cuma bungkusan je lain.

"Rupanya perbezaan dia pada nombor kod dalam bulatan tu. Kalau minyak botol pun ada," kongsinya.

Orang ramai dinasihatkan meneliti kod minyak masak sebelum membeli.

Berikut penjelasan mengenai perbezaan kod minyak masak yang ada di pasaran:

1. CP6

Minyak lebih sihat kerana mengandungi vitamin E dan tocotrienols. 

Ia kurang berbuih ketika digunakan, menjadikan makanan lebih sedap. 

Paling sesuai untuk dressing salad atau masakan bersuhu rendah.

2. CP7

Mempunyai kandungan asid lemak lebih tinggi. 

Minyak jenis ini cepat berbuih dan menyebabkan makanan mudah menyerap minyak. 

Sesuai digunakan untuk memasak dan menggoreng.

MENARIK DIBACA: [V] Bahan masak mesra poket, ini 6 item wajib 'grab' kalau masuk kedai RM2

MENARIK DIBACA: Awas kalau suka minum air bergas, punca kepala cepat botak

3. CP8

Minyak cepat berbuih dan mudah bertukar hitam. Tidak digalakkan digunakan berulang kali.

4. CP10

Dikategorikan sebagai minyak paket gred rendah. 

Lebih mudah berkeladak dan biasanya lebih murah kerana disubsidi.

Walaupun semua jenis minyak masak ini selamat digunakan, pengguna perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya.

Elakkan guna minyak masak berulang kali.

Antara tip penting yang disarankan ialah:

  • Jangan guna minyak berulang kali.
  • Jangan guna minyak sama bila minyak sudah bertukar warna.
  • Jangan guna bila nampak banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
  • Buang bila minyak jadi likat.
  • Kalau goreng haiwan berdarah, jangan diulang guna minyak kerana darah tersebut akan meningkatkan kandungan karbon.

Tambahnya lagi, orang ramai dinasihati supaya minyak masak terpakai tidak dibuang begitu sahaja.

Sebaliknya, ia boleh dikumpul dan dijual semula dengan harga pasaran sekitar RM3.20 sekilogram, sekali gus memberi manfaat dari segi ekonomi dan alam sekitar.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ada 4 cara ayam goreng rangup berjus, tak berdarah... Cara restoran segera rupanya mudah sahaja!

Terhangat