KUALI | Tip & Trik

Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur

Lead Image

SEGALA terasa indah apabila pasangan baharu berkahwin menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri.

Tapi realitinya, tak semua isteri pandai atau rajin masuk dapur, lebih lagi jika sebelum berkahwin dirinya tak biasa memasak. 

Jika ingin isteri rajin memasak bukan hanya menggunakan kuasa veto dengan mengarah! 

Cuba teman isteri didapur untuk galak semangat.

Sokongan emosi, fizikal dan logistik daripada suami akan buat isteri rasa dihargai dan lebih bersemangat untuk jaga perut suami.

Ingat, dapur bukan tanggungjawab isteri sahaja tapi medan kasih sayang suami isteri untuk saling bantu. 

Ada cara dapat membantu rangsang keyakinan isteri rajin masak terutamanya buat mereka yang baru melangkah ke alam perkahwinan.

1. Kongsi video masakan 

Nampak video resipi menarik di TikTok atau Instagram, cuba kongsi kepada kapsyen manja. 

Boleh gunakan ayat seperti - Sayang, ni nampak sedap! Boleh try masak nanti?

MENARIK DIBACA:Papan pemotong kayu pun ada cara menjaganya, cef kongsi petua sapu minyak bebas bakteria dan tahan lama

MENARIK DIBACA:Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama

Kadang-kadang cara begitu boleh beri ilham kepada isteri untuk cuba sesuatu resipi baharu dan secara tak sedar rasa dihargai dan dihormati.

2. Lengkapkan dapur dengan peralatan memasak 

Jangan harap isteri rajin masak kalau dapur kosong atau senduk pun tak ada. 

Cuba sediakan barangan asas seperti kuali, pengisar, set pisau untuk menarik perhatian isteri. 

Tak perlu beli yang mahal kerana sekarang ada pelbagai jenama menyediakan peralatan pada harga berpatutan. 

Boleh juga bincang terlebih dahulu jadi isteri lebih bersemangat apabila kelengkapan cukup dan selesa digunakan.

Bantu apa yang boleh di dapur untuk kurangkan bebanan isteri memasak.

3. Penuhkan dapur dan peti ais dengan bahan segar 

Pastikan bahan asas seperti bawang, cili, ayam, sayur, santan dan sebagainya sentiasa ada. 

Kalau boleh, temankan isteri ke pasar dan beli barangan memasak bersama kerana itu juga dianggap masa berkualiti bersama. 

4. Masak sama-sama 

Memasak bersama isteri juga sebenarnya boleh menambah kemesraan. Isteri tidak akan rasa terbeban sekiranya suami membantu memotong sayur, basuh ayam atau kacau kuah. 

Nampak ringkas, tapi sebenarnya tindakan kecil ini dapat mengurangkan masa isteri memasak di dapur dan mengurangkan tekanan. 

Isteri juga tidak rasa bersendirian di dapur. 

Luangkan masa dengan anak agar isteri dapat masak dengan tenang.

5. Tolong jaga anak bila isteri tengah masak

Kalau dah ada anak, tolong jaga anak masa isteri nak masak. 

Elakkan gangguan supaya isteri boleh fokus dan masak dengan tenang. Dapur panas bukan tempat sesuai untuk anak kecil.

6. Cuba beri pujian pada masakan, teguran secara lembut 

Walaupun rasa masakan isteri tidak sehebat cef di hotel lima bintang, puji juga usaha isteri. 

Pujian jadi motivasi terbesar untuk isteri terus mencuba dan memperbaiki kelemahan masakan. 

Jika ingin tegur kekurangan, cuba gunakan dengan bahasa paling lembut, kerana hati wanita sangat rapuh dan kesilapan boleh patahkan semangat. 

7.Jangan biarkan isteri kemas dapur bersendirian 

Bukan semua suka memasak dan mengemas. Jika isteri anda sudah menyuarakan keletihan, ambil alih tugas mengemas dan membersihkan dapur. 

Kemas meja, simpan lebihan lauk, cuci pinggan dan ini bermaksud kerja berkumpulan yang pasti membuatkan isteri berlembut hati dan rasa dihargai suami. 

Urut isteri untuk melegakan lenguh selepas berdiri lama di dapur.

8. Urutkan badan lenguh 

Masak terlalu lama di dapur boleh membuatkan kaki, bahu dan pinggang lenguh. 

Kalau suami ringan tangan beri urutan ringkas kerana itu pun sudah cukup romantik dan bermakna.

Sambil mengurut, boleh bertukar cerita menjadi sesi berkualiti untuk pasangan berkomunikasi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ada rahsia putihkan baju kusam guna bahan di dapur! Cuka dan lemon antara paling berkesan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan main beli jer, kenali jenis dan kod minyak masak

Terhangat