Ada rahsia putihkan baju kusam guna bahan di dapur! Cuka dan lemon antara paling berkesan
BAJU putih yang mula kusam dan nampak kotor memang boleh buat anda rasa kurang yakin apabila hendak dipakai.
Tapi jangan risau, untuk dapatkan semula baju putih bersih, tak perlu susah-susah beli bahan pencuci mahal atau produk khas yang kebanyakannya boleh merosakkan fabrik.
Sebenarnya, dengan bahan-bahan mudah yang selalu ada di dapur rumah seperti baking soda, cuka atau limau nipis, anda boleh hasilkan petua sangat berkesan untuk memutihkan baju.

Cara ini bukan sahaja jimat, tapi juga selamat dan mesra alam.
Nak tahu rahsia mudah dan berkesan untuk putihkan baju guna bahan dapur?
Kuali kongsikan tip yang pasti boleh buat baju anda nampak macam baru balik!

1. Serbuk penaik
Serbuk penaik terkenal sebagai bahan efektif untuk menghilangkan bau dan kesan kotoran.
Campurkan 4 sudu besar serbuk penaik ke dalam air suam dan rendam baju putih anda selama 30 minit hingga 1 jam.
MENARIK DIBACA: Mat salih jual ais kacang guna basikal roda tiga di Sweden, sanggup angkut mesin dari Malaysia - “Pertama kali cuba terus ketagih”
MENARIK DIBACA:Sotong masak hitam stail utara memang juara, dakwatnya kunci keenakan rasa
Selepas itu, cuci baju seperti biasa. Serbuk penaik akan membantu menanggalkan kotoran dan menjadikan kain lebih segar dan cerah.

2. Cuka putih
Cuka putih bukan sahaja membersih tetapi juga boleh memutihkan baju.
Tambahkan setengah gelas cuka putih ke dalam air bilasan terakhir semasa mencuci.
Bukan itu sahaja, cuka pun membantu menghilangkan sisa sabun dan membuat warna putih kekal cerah. Bau cuka akan hilang selepas baju dikeringkan.

3. Lemon
Lemon mengandungi asid sitrik bertindak sebagai pemutih semula jadi.
Perah lemon dan campurkan dengan air suam kemudian rendam baju putih selama 30 minit sebelum dicuci.
Selain memutihkan, lemon juga memberikan aroma yang menyegarkan pada baju.

4. Garam
Garam juga membantu dalam menjaga kecerahan baju putih.
Larutkan satu gelas garam dalam baldi berisi air suam dan rendam baju selama beberapa jam atau semalaman.
Garam berfungsi menghilangkan kesan ringan dan mengelakkan warna putih menjadi kusam.

5. Air panas
Gunakan air suam atau panas (bukan terlalu panas supaya tidak merosakkan kain) ketika mencuci baju putih.
Air panas membantu melarutkan kotoran dan memudahkan bahan-bahan lain seperti serbuk penaik dan cuka untuk bertindak dengan lebih efektif.