Tak perlu rebus sampai 3 jam guna pressure cooker, teknik '5-30-7' cukup buat isi daging mudah lembut
MELEMBUTKAN daging memang tampak mudah, namun jika cara yang dipilih salah daging bukan sahaja menjadi keras malah boleh menjadi liat dan sukar dikunyah.
Seperti yang anda tahu, nenek moyang dahulu mempunyai pelbagai petua tradisional untuk memastikan daging sentiasa lembut seperti menggunakan daun pandan dan halia sebagai bahan pelembut.
Namun, cara ini biasanya memerlukan masa memasak agak lama dan kesabaran yang tinggi.

Kini, rebusan menggunakan 'pressure cooker' menjadi pilihan utama kerana ia jauh lebih cepat dan berkesan meskipun tidak semua rumah mempunyai alat ini.
Jangan risau jika anda tidak memiliki 'pressure cooker' kerana terdapat petua mudah melembutkan daging tanpa perlu merebus berjam-jam lamanya.
Teknik ini cukup mudah dan hasilnya cukup memuaskan.

1. Teknik 5-30-7
Isi periuk dengan air secukupnya sehingga betul-betul mendidih.
Masukkan daging dan masak dengan api sederhana besar selama 5 minit.
Tutup api, tutup periuk dan biarkan selama 30 minit agar daging berehat dan proses melembut berjalan sempurna.
MENARIK DIBACA:Ada rahsia putihkan baju kusam guna bahan di dapur! Cuka dan lemon antara paling berkesan
MENARIK DIBACA:Ambil tahu 6 istilah makanan Jepun ini serta maksudnya
Hidupkan semula api dan teruskan merebus selama 7 minit lagi.
Hasilnya, daging menjadi lembut, empuk, dan mudah dikunyah—menyerlahkan kehalusan rasa.

2. Gaul daging bersama rempah tumis
Agar daging lebih harum dan empuk, gaulkan daging yang telah direbus dengan rempah tumis sehingga pecah minyak.
Sentuhan rempah ini bukan sahaja menambah keenakan malah membuat tekstur daging lebih lembut dan meresap.

3. Waktu tepat memasukkan garam
Elakkan menambah garam terlalu awal ketika memasak kerana ia boleh menyebabkan daging menjadi keras.
Masukkan garam hanya selepas daging benar-benar empuk untuk memastikan rasa dan kelembutan daging terjaga sempurna.