KUALI | Tip & Trik

Baju kesayangan terkena minyak? Jangan gelabah, tepung jagung dan cuka boleh selesaikan masalah anda

Lead Image

TAK dapat dinafikan minyak adalah salah satu jenis kotoran yang paling sukar untuk dibersihkan terutama apabila terkena pada kain.

 

Mana taknya, ketika memasak di dapur, tumpahan atau percikan minyak biasanya akan dilap menggunakan kain selain daripada tisu.

Nampak mudah pada waktu itu, tetapi mula merungsingkan apabila tiba masa untuk mencuci kain yang terkena kesan minyak.

Salah satu bahan yang berkesan menghilangkan kotoran adalah menggunakan cuka.

Lebih memburukkan keadaan, jika dibiarkan terlalu lama, kesan minyak tersebut memang sukar untuk dihilangkan sepenuhnya.

Tapi jangan risau, ada beberapa petua mudah yang boleh anda cuba di rumah untuk menanggalkan kesan minyak dengan berkesan.

Tepung dapat membantu menyerap lebihan minyak melekat pada kain.

1.Tepung jagung

Taburkan serbuk tepung jagung pada kesan minyak secepat mungkin dan biarkan ia menyerap minyak selama 15 hingga 30 minit.

Selepas itu, sikat atau kikis serbuk tersebut dari kain. Cara ini membantu menyerap lebihan minyak yang melekat pada kain.

Titiskan cecair pencuci pinggan pada kesan minyak dan bilas guna air suam.

2. Cecair pencuci pinggan

Cecair pencuci pinggan sangat berkesan menanggalkan minyak.

Titiskan sedikit terus pada kesan minyak, kemudian gosok perlahan menggunakan jari atau berus gigi lembut.

MENARIK DIBACA: Ada rahsia putihkan baju kusam guna bahan di dapur! Cuka dan lemon antara paling berkesan

MENARIK DIBACA:Jangan panik! Madu dan minyak kelapa berkesan rawat tangan melecur terkena minyak panas

Setelah itu, basuh kain seperti biasa menggunakan air suam dan sabun.

Serbuk penaik sangat efektif menanggalkan kesan minyak degil.

3. Serbuk penaik

Taburkan baking soda pada kesan minyak dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Baking soda akan membantu menyerap minyak yang melekat pada kain.

Sapu atau kikis serbuk penaik tersebut kemudian cuci kain seperti biasa.

Bahan seperti sanitizer bukan sahaja menghilangkan kotoran malah membuatkan kain tahan lebih lama.

4. Alkohol isopropil

Untuk kain yang tahan, anda boleh menggunakan alkohol isopropil.

Lapkan sedikit alkohol pada kesan minyak menggunakan kapas dan biarkan beberapa minit. Selepas itu, basuh kain seperti biasa.

Tuang cuka pada bahagian yang terkena kotoran dan rendam beberapa minit.

5. Cuka putih

Campurkan cuka putih dengan air dengan nisbah 1:1.

Rendam bahagian kain yang terkena minyak selama beberapa minit sebelum membasuhnya.

Cuka membantu menanggalkan minyak yang melekat pada kain.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

5 jenis tanaman mudah 'hidup' di dapur, tak payah beli boleh petik kalau nak masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan panik! Madu dan minyak kelapa berkesan rawat tangan melecur terkena minyak panas

Terhangat