Dah sental guna sabun pun tak hilang, rupanya sudu besi boleh singkir bau bawang putih pada tangan
BAWANG putih merupakan antara rempah penting dalam hampir setiap masakan, terutama hidangan Melayu.
Ia bukan sahaja menambah rasa tetapi turut memberikan aroma wangi yang membangkitkan selera.
Namun, satu ‘masalah’ bawang putih ialah baunya yang kuat sehingga sukar dihilangkan daripada tangan walaupun sudah dibasuh dengan sabun.
Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian belerang yang dikenali sebagai allicin.
Apabila ia dipotong, ditumbuk atau dikisar, allicin akan terbebas dan melekat pada pori-pori kulit, menyebabkan baunya kekal lebih lama.

Jika anda menghadapi masalah ini, jangan risau! Kuali kongsikan cara mudah hilangkan bau bawang
1. Gunakan lemon
Buah lemon sangat berkesan kerana kandungan asid sitriknya bertindak sebagai agen pembersih semula jadi.
Caranya mudah – gosokkan lemon pada tangan dan di celah jari selama kira-kira 10 saat. Jika masih ada airnya, perah sedikit sebelum dibilas seperti biasa.

2. Campuran garam dan backing soda
Garam berfungsi sebagai skrub untuk menanggalkan sisa bawang putih, manakala baking soda membantu menyerap dan meneutralkan bau.
MENARIK DIBACA: Jangan panik! Madu dan minyak kelapa berkesan rawat tangan melecur terkena minyak panas
MENARIK DIBACA: Hampas kelapa paling berkesan tajamkan mata pisau blender, siap boleh hilangkan bau dan sisa minyak
Caranya, campurkan 1 sudu teh garam dengan 2 sudu teh baking soda.
Tambahkan sedikit air sehingga membentuk pes, kemudian gosok pada tangan selama 30 saat. Bilas dengan air sejuk dan sabun.

3. Gosok dengan sudu besi tahan karat
Kedengaran unik tetapi teknik menggosok tangan pada permukaan sudu stainless steel di bawah air mengalir juga berkesan.
Kandungan kromium dalam stainless steel menghasilkan lapisan oksida yang menarik molekul bau, dan berpindah dari kulit ke permukaan logam.