Tak tumis bawang pun tetap sedap, Martha Stewart kongsi rahsia masak pasta cara orang Itali
SAJIAN pasta yang dimasak mengikut citarasa orang Malaysia memang tidak dinafikan kesedapannya.
Mana tidaknya, sudah ditumis bawang kemudian ditambah pula pelbagai bahan penyedap menjadikan hidangan lebih menggoda selera.
Bagaimanapun, bayangkan jika kita cuba hasilkan pasta mengikut cara autentik Itali iaitu tanpa menumis rempah mahupun menambah bahan penyedap lain.
Pun begitu, sajian pasta mereka tetap sedap dan rasanya tidak hambar.

Rahsianya terletak pada proses merebus pasta itu sendiri.
Menurut cef selebriti Martha Stewart, langkah ini mungkin sering dipandang remeh, tetapi ia sebenarnya memberi kesan kepada keseluruhan rasa pasta.
Air rebusan yang ditambah garam membantu pasta menyerap rasa sejak awal, menjadikan hasil akhirnya lebih sedap dan seimbang.
Martha mencadangkan kira-kira 1 sudu besar (sdb) garam untuk setiap galon air, atau lebih kurang 3.8 liter air, bagi 454 gram pasta kering.
MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi pasta ayam pesto basil, sedap dan mengenyangkan!
MENARIK DIBACA: Ingatkan susah sangat nak buat, ini cara mudah masak pasta pesto
Bukan itu sahaja, hampir semua jenis garam boleh digunakan kecuali garam bersodium kerana boleh meninggalkan rasa kurang enak pada pasta.
Garam sebaiknya dimasukkan selepas air mendidih sepenuhnya, kemudian barulah pasta ditambah.
Kaedah ini membolehkan garam larut dengan cepat dan tercampur sekata di dalam air panas.
Lebihan air rebusan pasta pua jangan dibuang! Ia boleh digunakan dalam membuat sos kerana mengandungi kanji dan rasa masin semula jadi.