KUALI | Pastri
Sedap betul bingka pandan, cara membuatnya pun senang
KUIH bingka atau turut dipanggil bengkang merupakan kuih tradisional Melayu yang masih lagi terpelihara sehingga kini.
Pencuci mulut dengan perisa dan aroma daun pandan ini lazimnya sering diperoleh di majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan untuk dijadikan pencuci mulut buat tetamu.
Selain itu, kuih bingka ini juga sesuai untuk dijadikan santapan sewaktu minum petang bersama kopi atau teh.
Hanya menggunakan bahan-bahan asas, kuih bingka boleh disediakan sendiri di rumah dengan menggunakan oven sahaja.
MENARIK DIBACA: Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh
MENARIK DIBACA: Perancis bukan lagi paling hebat, Korea Selatan juara pertandingan bakeri dunia
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 3 cawan santan
- 3 biji telur
- 2 sudu besar mentega
- 1/2 sudu kecil garam
- Pewarna hijau
- Bijan
Langkah penyediaan
- Kacau semua bahan hingga sebati atau kisar menggunakan blender.
- Sapu loyang dengan minyak dan panaskan sebentar.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
- Bakar selama 45 minit hingga 1 jam menggunakan api bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
- Untuk permukaan perang, hidupkan api atas selama 10–20 minit.
- Potong dan sedia untuk dihidangkan.