KUALI | Minuman
Sirap sarbat minum sejuk-sejuk memang sedap, boleh buat Ramadan nanti
SIRAP sarbat atau ayaq tingkap merupakan minuman popular dari Pulau Pinang.
Dihasilkan daripada rebusan akar sarbat, gula dan daun pandan, aroma wangi minuman ini cukup menyegarkan.
Nak lagi sedap hidangkan bersama ais, air kelapa dan bahan tambahan seperti biji selasih, bunga kembang semangkuk dan getah anggur.
Kombinasi ini bukan sahaja melegakan tekak tetapi menambahkan tekstur dan rasa unik dalam setiap tegukan.

Bahan-bahan
- 1 peket akar sarbat
- 5 helai daun pandan
- 300 gram gula
- Pewarna makanan merah/ sirap ros
- 1000 ml air
- Biji selasih
- Bunga kembang semangkuk
- Air kelapa muda dan isi kelapa
- Ais batu atau ais kepal secukupnya
MENU DIBACA: Resipi smoothie beri hitam dan kranberi tinggi antioksidan, permulaan gaya hidup sihat
MENU DIBACA: Resipi air katira mudah dibuat tanpa bahan pewarna, tambah air mawar lagi wangi
Cara penyediaan
- Masukkan akar sarbat, daun pandan, gula dan air ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih sambil dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
- Biarkan bahan-bahan direbus sehingga mengeluarkan aroma wangi.
- Tambahkan pewarna makanan merah mengikut kepekatan warna yang diinginkan. Boleh gantikan pewarna dengan sirap ros.
- Teruskan memasak sehingga air rebusan sedikit surut dan bau sarbat semakin kuat.
- Tutup api, biarkan sejuk sepenuhnya, kemudian tapiskan sirap sarbat.
- Biji selasih, bunga kembang semangkuk dan getah anggur perlu direndam dalam air sehingga kembang sebelum digunakan.
- Masukkan ais batu atau ais kepal ke dalam gelas.
- Tuangkan sirap sarbat secukupnya, kemudian tambah air kelapa bersama isi kelapa muda.
- Tambahkan biji selasih, bunga kembang semangkuk dan getah anggur mengikut citarasa.