KUALI | Resipi Moden

Resipi siakap stim lemon enak dan menyihatkan, bantu individu sedang diet kurus sebelum raya

Lead Image

HIDANGAN ikan siakap stim lemon merupakan antara menu sihat yang mudah disediakan serta enak.

Kaedah memasak secara stim membantu mengekalkan kesegaran ikan, manakala penggunaan bahan seperti lemon, cili dan akar ketumbar membangkitkan aroma dan selera.

Gabungan rasa masam dan pedas ala masakan Thai bukan sahaja membuka selera, malah sangat sesuai dinikmati sesiapa sahaja pada bila-bila masa tanpa rasa muak.

Teringin untuk menikmati siakap stim lemon hasil air tangan sendiri?

Jom Kuali tunjukkan caranya seperti yang dikongsikan oleh pempengaruh masakan, @naufalhkme dalam Instagram miliknya.

Gabungan rasa masam, pedas dan segar menjadikan resipi siakap stim lemon ini begitu menyelerakan.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 ekor ikan siakap (disiang dan dicuci bersih)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 tangkai cili api (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 helai daun limau purut
  • Akar daun ketumbar
  • Air (secukupnya)

Bahan B

  • Daun ketumbar (dicincang)
  • 1 biji lemon
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • Cendawan enoki
  • Garam
  • Gula

MENARIK DIBACA:

MENARIK DIBACA: 

Langkah penyediaan

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam kuali, kemudian tuang air secukupnya lalu masak sehingga mendidih atau ikan separuh masak.
  2. Perasakan dengan sos ikan, garam dan gula secukupnya. Kemudian perah sedikit jus lemon dan biarkan seketika sehingga meresap.
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan cendawan enoki kemudian tabur sedikit daun ketumbar yang telah dihiris halus.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Resipi nasi ayam bawang putih, campak semua bahan dalam 'rice cooker' siap satu sajian lengkap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Resipi ayam tumis cili kering paling senang, si bujang pun boleh masak sambil pejam mata

Terhangat