Serbuk nasi goreng ayam rahsia bihun goreng Singapura bertambah sedap
KALAU sebut tentang negara jiran, pasti terus terbayang keenakan bihun goreng Singapura yang lembut bersama 'aksesori' seperti kek ikan, telur dan sayur-sayuran segar.
Rasanya mungkin sedikit 'kosong' bagi segelintir orang tetapi hidangan ini tetap mampu memikat selera sesiapa sahaja.
Keenakan juadah ini sudah tentu terletak pada lada hitam dan udang kering yang memberikan aroma wangi dan rasa pedas manis.

Tetapi ada rahsia yang ramai orang tidak tahu iaitu mencampurkan serbuk nasi goreng ayam sebagai perencah bihun goreng Singapura.
Ia memang memberi rasa umami yang lebih enak kepada hidangan tersebut.
Sama seperti bihun goreng biasa, hidangan ini sesuai dihidangkan ketika sarapan, makan tengah hari atau makan malam yang cepat tetapi sedap.
Jom Kuali kongsikan cara penyediaan bihun goreng Singapura yang boleh anda cuba sendiri di rumah;
Bahan-bahan
- 3 biji bawang holland
- 1 labu bawang putih
- 3 sudu besar udang kering
- 3 sudu besar lada hitam biji
- 2 cawan minyak masak
- 3 keping dada ayam (hiris)
- 1 paket sosej (hiris)
- 1 paket fishcake (hiris)
- 1 batang lobak merah (hiris)
- Air secukupnya
- 3 paket serbuk nasi goreng ayam
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 paket bihun (rendam air biasa 15 minit, bilas dan toskan)
- 5 pokok sawi pakchoy (potong)
CARA PENYEDIAAN: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba
CARA PENYEDIAAN: Gabungan pedas dan manis nasi goreng nanas memikat selera
Cara penyediaan
- Kisar bawang holland, bawang putih, udang kering, dan lada hitam sehingga lumat.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan ayam, sosej, dan kek ikan. Kacau sebati sehingga semua bahan masak sempurna.
- Masukkan lobak merah, kacau rata. Tambah air secukupnya, perasakan dengan garam dan gula.
- Kemudian masukkan serbuk nasi goreng Ayam Adabi. Biarkan mendidih.
- Setelah kuah mendidih, masukkan bihun dan sawi pakchoy. Kacau sebati sehingga bihun lembut dan semua bahan sebati.
- Apabila bihun telah masak, tutup api dan hidangkan panas-panas.