KUALI | Resipi Tradisi
Resipi kerang lemak pucuk paku memang mantap, kuahnya pedas buat bertambah nasi
JIKA anda penggemar masakan kampung yang berlemak dan beraroma, resipi kerang masak lemak pucuk paku ini pasti menambat selera.
Gabungan kerang segar, pucuk paku dan kuah santan pedas berlemak menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan apatah lagi dinikmati bersama nasi panas.
Resipi istimewa ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi menggunakan bahan asas mudah didapati di pasar.
Apa tunggu lagi, jom cuba buat sendiri resipi ini di rumah.
MENARIK DIBACA: [V] Mak-mak mesti suka, 7 produk seafood sejuk beku ini mudahkan kerja memasak
MENARIK DIBACA: Esen vanila rahsia French toast bertambah sedap, memang tak cukup makan satu
Bahan-bahan
- 1kg kerang (dicuci dan direbus)
- 1 ikat pucuk paku (direbus)
- 8-10 tangkai cili api
- 1 inci kunyit hidup
- 3 batang serai (dititik)
- 1 kotak kecil santan
- 1 keping asam gelugur
- Garam
- Serbuk ikan bilis
- Daun Kunyit (dihiris)
Langkah penyediaan
- Kisar kunyit hidup dan cili api, kemudian masukkan ke dalam kuali tanpa minyak.
- Masukkan serai dititik lalu tambahkan satu cawan air dan tumis seketika.
- Masukkan santan dan tambah lagi sedikit air secukupnya.
- Masukkan kerang dan pucuk paku yang telah direbus, lalu biarkan seketika.
- Perasakan dengan garam dan serbuk ikan bilis secukupnya, jangan lupa masukkan asam keping.
- Tabur daun kunyit dihiris dan biarkan sehingga kerang serta pucuk paku betul-betul masak, lalu siap untuk dihidangkan.