Ayam songkem luar biasa sedapnya, resipi tradisi Madura wajib cuba
VIRAL di Indonesia resipi istimewa iaitu ayam songkem, iaitu sajian khas yang berasal daripada masyarakat suku Madura.
Ayam songkem ini memiliki aroma tersendiri kerana dibungkus bersama daun salam dan dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus.
Bahan digunakan juga mudah seperti bawang, cili padi dan belacan sehingga menambahkan lagi keenakan ayam songkem yang lembut dan 'juicy'.
Jom Kuali tunjukkan resipi dan cara membuat ayam songkem seperti yang dikongsikan oleh pempengaruh Faten Masak dalam Instagram miliknya.
MENARIK DIBACA: Jenis ikan bilis boleh jejas rasa sambal tumis, badan jalur biru dan hijau paling premium
MENARIK DIBACA: Satu talam lengkap Chicken Chop dan Lamb Grill cuma RM31.90!
Bahan-bahan
Bahan A (perap)
- 2 ketul ayam (paha)
- 2 sudu besar tepung ubi kayu
- 2 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil lada putih atau lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk perasa ayam
Bahan B (kisar)
- 11 biji cili padi
- 2 tangkai cili besar (merah)
- 5 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
Lain-lain
- Daun pisang
- 2 batang serai
- 2 helai daun salam
- Minyak masak
- Garam
- Gula
Langkah penyediaan
- Perap ayam yang telah dicuci dengan bahan A kemudian ketepikan.
- Kisar kasar bahan B kemudian tuangkan dengan minyak panas.
- Sediakan daun pisang, letak bahan B yang telah dituang minyak panas tadi bersama dua batang serai dititik.
- Letak ayam yang telah diperap kemudian tambah bahan B (kisar) di atas ayam bersama daun salam.
- Bungkus atau balut dengan daun pisang lalu kukus selama lebih kurang 50 minit atau sehingga ayam masak.
- Sedia untuk dihidangkan.