Rangup, sedap lain macam! Terung 'salted egg' makan satu tak cukup, nak buat pun mudah
DAH bosan asyik makan sotong atau udang telur masin (salted egg)?
Apa kata anda ubah selera pula dengan menggunakan sayur-sayuran untuk menu yang lebih sihat.
Terung 'salted egg' rangup bersalut telur masin antara menu yang lengkap dengan gabungan rasa lemak, masin, pedas dan cukup 'kick' di lidah.
Bukan sahaja mudah disediakan, malah hidangan istimewa ini juga kaya dengan rasa daripada aroma bawang putih dan daun kari.
Berikut dikongsikan cara penyediaan hidangan terung 'salted egg' hasil air tangan pempengaruh masakan, Fatihah Hanapi.

Bahan-bahan
- 3 batang terung bersaiz kecil (dipotong jejari)
- 1 biji telur (ambil putih telur sahaja)
- 1/3 cawan tepung bancuhan ayam (boleh campur pedas dan tak pedas)
- 1 hingga 2 sudu besar tepung jagung
- 1/4 mentega (unsalted)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 tangkai daun kari
- 3 biji cili padi
- 1 sudu kecil gula
- 1/2 paket serbuk telur masin (salted egg instant)
MENARIK DIBACA: Nak kulit bayi gebu? Ibu-ibu jangan tinggal 5 makanan ini, boleh amal sepanjang kehamilan
MENARIK DIBACA: Satu gigitan cair di dalam mulut, keenakan putu piring memang tak boleh tolak
Langkah penyediaan
- Gaul hingga rata terung yang telah dipotong jejari bersama putih telur.
- Masukkan tepung bancuhan ayam dan gaul sebati.
- Tambahkan satu hingga dua sudu besar tepung jagung.
- Panaskan minyak dan goreng terung sehingga warna coklat keemasan kemudian angat lalu ketepikan.
- Dalam kuali berbeza, cairkan mentega dan masukkan bawang putih yang dicincang.
- Masukkan daun kari, cili padi dan gula lalu gaul sehingga rata.
- Masukkan serbuk telur masin dan gaul sehingga adunan sebati dan kering.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.