info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Cara buat sos Thai sedap ala kedai tomyam... Gaul-gaul dah siap!

Lead Image

SOS Thai sememangnya terkenal dengan gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis yang sesuai dimakan dengan aneka makanan. 

Sama ada dijadikan pencicah makanan laut, ayam goreng, daging bakar atau cucur, sos ini memang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Menariknya, untuk membuat sos Thai ini, hanya bahan ringkas diperlukan seperti cili padi, limau nipis, bawang putih dan daun ketumbar.

Kesemuanya dikisar sehingga halus sebelum digabungkan dengan sos ikan serta perasa lain. 

Hasilnya anda akan mendapat sos Thai yang pekat, beraroma dan mempunyai keseimbangan rasa yang sempurna untuk melengkapkan hidangan kegemaran anda.

Resipi sos Thai ringkas yang menggunakan bahan-bahan mudah.

Bahan-bahan 

Bahan A

  • 10 biji cili padi merah
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 tangkai cili besar merah
  • 1 tangkai cili besar hijau
  • 3 biji limau nipis
  • 5 ulas bawang putih
  • Daun ketumbar (bersama akar)

Bahan B

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu kecil gula
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Air

MENARIK DIBACA: Resipi perut air asam 'style' orang lama, menu ringkas tapi sedap tak terkata!

MENARIK DIBACA: Pelanggan kecewa... Pesan nasi, tomyam dan telur dadar tapi satu menu pun tak boleh makan!

Langkah penyediaan

  1. Kisar kesemua bahan A sehingga lumat dan masukkan dalam mangkuk yang sesuai.
  2. Perahkan limau nipis dalam bahan kisar bersama satu sudu besar sos ikan.
  3. Tambahkan satu sudu kecil garam bersama empat sudu kecil gula.
  4. Masukkan daun ketumbar yang dihiris untuk hiasan.
  5. Tambah 1/4 cawan air dan kacau sehingga sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Keropok lekor 'homemade' guna ikan bilis, nasi sejuk... Nikmat makan dengan sos Thai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Cara buat roti jala guna sukatan cawan... Tekstur lembut, tak putus ketika 'dijala' di kuali

Terhangat