Keropok lekor 'homemade' guna ikan bilis, nasi sejuk... Nikmat makan dengan sos Thai
KEROPOK lekor menjadi antara snek kegemaran ramai rakyat Malaysia yang mana kebiasaannya ia dibuat menggunakan isi ikan dikisar halus bersama tepung.
Bagaimanapun, tak ramai tahu keropok lekor juga boleh dibuat sendiri menggunakan ikan bilis dan nasi sejuk sebagai bahan utama.
Hasilnya, semestinya rangup dan sedap!
Bukan sahaja mudah disediakan, ia juga dapat mengelakkan pembaziran apabila lebihan nasi boleh dijadikan snek enak.
Paling nikmat apabila ia dihidangkan panas-panas bersama sos Thai.

Bahan-bahan
- Segenggam ikan bilis (dicuci)
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- Nasi sejuk (tekstur keras)
- Garam
- Perasa
MENARIK DIBACA: "Bila Kelantan tak ada baru nak rindu, sayang" - Ramai tak keruan kedai tomyam banyak tutup
MENARIK DIBACA: Rupanya ayam gepuk tak popular di Indonesia! Cuma dimakan mahasiswa sebab murah
Langkah penyediaan
- Kisar ikan bilis bersama nasi sejuk sehingga lumat.
- Masukkan bawang merah yang dihiris ke dalam bahan kisar kemudian gaul sehingga sebati.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam plastik kemudian gulung lalu simpan seketika ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam.
- Rebus lekor yang telah disejukkan tadi sehingga masak, lalu potong kecil mengikut saiz yang diperlukan.
- Goreng keropok lekor yang telah dipotong tadi sehingga kuning keemasan.
- Siap untuk dihidangkan bersama sos Thai.