Pemilihan belacan perlu tepat, 'kunci' sayur kangkung tumis sedap tahap maksimum
KALAU menikmati nasi bersama aneka lauk, memang tidak lengkap hidangan jika tiada sayur dan salah satu sajian yang menjadi kegemaran ramai adalah kangkung tumis belacan.
Bayangkan aroma kangkung tumis dengan rasa sedikit pedas, pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Rahsia keenakannya sudah tentu terletak pada pemilihan belacan yang tepat kerana inilah kunci utama untuk menaikkan rasa dalam sajian ini.
Belacan kepal sering menjadi pilihan kerana ia lebih segar, aromanya lebih kuat dan cepat naik bau apabila dibakar atau ditumis.
Memang sesuai untuk mereka yang mahukan rasa belacan lebih menyerlah.
Jom Kuali kongsikan cara penyediaannya:

Bahan-bahan:
- 1 ikat kangkung
- 2–3 ulas bawang putih
- 1–2 sudu besar belacan kepal
- 3–5 tangkai cili padi
- 1–2 sudu besar sos tiram
- Minyak
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
MENARIK DIBACA: Telur dadar kedai Thai memang sedap lain macam, bancuhan bersama air soda dan kicap bukit rahsianya
MENARIK DIBACA:Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap
Cara penyediaan:
- Bakar belacan kepal sekejap atas api sampai naik bau untuk memberikan rasa lebih sedap.
- Tumbuk atau kisar bawang putih, cili padi, belacan jadi pes.
- Panaskan minyak, tumis pes tadi sampai naik bau wangi dan sedikit garing.
- Masukkan sedikit air dan sos tiram.
- Masukkan kangkung, gaul sekejap menggunakan api besar.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Masak tak perlu lama cukup satu hingga dua minit saja supaya kangkung kekal rangup. Siap dihidang.