info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Cara buat roti jala guna sukatan cawan... Tekstur lembut, tak putus ketika 'dijala' di kuali

Lead Image

ROTI jala sememangnya antara hidangan tradisional yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai.

Teksturnya yang lembut, nipis serta mempunyai corak berongga seperti jala membuatkan hidangan ini nampak unik dan sangat menyelerakan.

Paling enak apabila dinikmati bersama kuah kari ayam, kari daging mahupun kuah durian lemak manis.

Bagi yang ingin membuat sendiri roti jalan, cuba gunakan resipi ini yang menggunakan sukatan cawan.

Gabungan susu cair dan air membantu menghasilkan roti jala yang lebih lembut, cantik dijala serta tidak cepat kering selepas dimasak.

Memang sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang ataupun ketika jamuan bersama keluarga.

Jom Kuali tunjukkan cara-cara penyediaannya!

Roti jala antara hidangan tradisi popular pilihan ramai.

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air, susu cair atau santan
  • Sedikit pewarna kuning

MENARIK DIBACA: Cara senang buat apam nasi gebu, makan pula dengan kelapa parut berlemak 2-3 biji 'confirm' tak cukup

MENARIK DIBACA: Rahsia orang dulu masak sedap lain macam! Kena sabar, guna petua pecah minyak 3–4 kali

Cara penyediaan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan hingga adunan sebati dan tidak berketul.
  2. Untuk memastikan adunan cantik dijala, ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan roti jala. Jika adunan keluar dengan lancar dan tidak putus-putus maknanya adunan sudah sempurna.
  3. Panaskan kuali 'non-stick'. Jika menggunakan kuali biasa pastikan permukaan tidak melekat.
  4. Tuangkan adunan menggunakan acuan roti jala secara berpusing-pusing hingga membentuk corak jala.
  5. Biarkan beberapa saat sehingga roti jala masak dan tidak perlu diterbalikkan.
  6. Angkat roti jala dan terus gulung atau lipat mengikut citarasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cara buat sos Thai sedap ala kedai tomyam... Gaul-gaul dah siap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Daging dah biasa... Cuba makan nasi lauk lidah lembu goreng berlada, pasti bertambah

Terhangat