Daging dah biasa... Cuba makan nasi lauk lidah lembu goreng berlada, pasti bertambah
SEMPENA sambutan Aidiladha, selain daging dan tulang, lidah lembu juga boleh dijadikan hidangan istimewa yang membangkit selera.
Teksturnya yang lembut selepas direbus dan digoreng bersama cili kisar menjadikan menu lidah lembu goreng berlada ini begitu enak dengan gabungan rasa pedas, aroma wangi dan sedikit rangup.
Hidangan unik ini pasti memberi kelainan buat tetamu anda yang ingin menikmati sajian daging korban.

Bahan-bahan
- Lidah lembu (dibersihkan)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 5 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris)
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 helai daun limau purut
- 1/2 biji bawang besar holland
- 1 batang serai (diketuk)
- 2 sudu besar sos cili
- 2 tangkai merah (dihiris)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam
- Gula
- Minyak masak
- Air
MENARIK DIBACA: Jepun berdepan krisis pengeluaran matcha, harga dijangka melambung
MENARIK DIBACA: Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak
Langkah penyediaan
- Rebus lidah lembu yang telah dibersihkan selama 20 hingga 30 minit sehingga empuk.
- Siat kulit lidah lembu yang telah direbus tadi dan hiris nipis.
- Gaul hirisan lidah lembu tadi bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya sehingga rata lalu goreng sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- masukkan cili kisar dan masak sehingga pacah minyak lalu masukkan sedikit air.
- Masukkan serai, daun limau purut dan sos cili lalu gaul sehingga rata.
- Akhir sekali, masukkan lidah goreng dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
- Setelah digaul rata, masukkan bawang besar holland dan cili merah.
- Siap untuk dihidangkan.