"Kalah kari mamak" - Cuma tambah yogurt, tak sangka suami puji melambung
RAMAI tertanya-tanya bagaimana nak hasilkan kari ikan enak, atau sekurang-kurangnya mempunyai rasa seakan dijual di kedai mamak.
Sebenarnya, keenakan kari mamak terletak pada satu bahan rahsia.
Menerusi perkongsian @farzana.sajidah, penambahan satu sudu yogurt dikatakan mampu membuatkan rasa kari 'lebih terangkat'.
"Suami kata kari ikan I sedap, kalah kari ikan kedai mamak," ujarnya.
Menariknya, yogurt yang digunakan juga tidak perlu banyak.
Bagi satu wok bersaiz kecil, hanya satu sudu yogurt sudah mencukupi dan ia turut digunakan sebagai pengganti asam jawa.
Berikut dikongsikan resipinya:

Bahan-bahan
• Halia saiz ibu jari (dihiris)
• 1 biji bawang merah (dihiris)
• 5 ulas bawang putih (dihiris)
• 3 sudu cili boh
• Halba campur
• 3 sudu serbuk kari ikan
• ½ sudu serbuk kunyit
• 1 sudu yogurt
• Air secukupnya
MENARIK DIBACA: Masalah kari susah pecah minyak selesai dengan tip 'tumis awal', guna santan kotak pun menjadi!
MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari
Cara penyediaan
- Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah serta bawang putih yang telah dihiris.
- Tumis sehingga bahan-bahan menjadi keperangan sebelum masukkan cili boh dan halba campur.
- Masukkan serbuk kari ikan bersama serbuk kunyit. Tambah sedikit air dan teruskan menumis sehingga rempah pecah minyak.
- Kemudian, masukkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
- Masukkan satu sudu yogurt dan kacau sebati. Yogurt digunakan sebagai pengganti asam jawa.
- Masukkan ikan dan masak sehingga kuah mendidih serta ikan masak sepenuhnya.
- Sesuaikan bahan mengikut cita rasa sebelum kari ikan dihidangkan.