info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Sambal nasi ayam padu air tangan mentua, wanita nekad guna resipi sampai generasi cucu cicit

Lead Image

BAGI penggemar nasi ayam, selain nasi, sambal atau sosnya juga penting sebagai pelengkap rasa dan hidangan.

Dengan kombinasi rasa pedas, masam dan sedikit manis, sambal nasi ayam bukan sahaja boleh membuka selera, malah mampu membuatkan nasi ayam ringkas terasa lebih istimewa.

Di Threads, seorang wanita tidak lokek berkongsi resipi sambal nasi ayam air tangan ibu mentuanya yang disifatkan 'padu'.

Malah, wanita tersebut turut memberitahu bahawa resipi itu akan diteruskan dan disimpan sehingga ke generasi cucu cicit.

Kepada anda yang masih tercari-cari cara buat sambal nasi ayam enak, jom cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Nabila Roslan ini.

Bahan membuat sambal nasi ayam.

Bahan-bahan

  • 5 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili api merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4-5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan air (anggaran)

MENARIK DIBACA: Wanita kecewa kunafa masam tak lama lepas dibeli, rupanya ramai pelanggan lain dah 'terkena'!

MENARIK DIBACA: Wanita cuak rosakkan 'chopper' mak mentua, mujur ada 'hero' muncul jadi penyelamat

Langkah penyediaan

  1. Kisar sehingga halus cili merah, cili api dan bawang putih.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama gula, sos cili dan sos tomato lalu masak sehingga mendidih.
  3. Siap dan sedia dinikmati bersama nasi ayam.
  4. Tip: Sukatan gula, sos cili, sos tomato dan air adalah mengikut cita rasa masing-masing.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Snek nostalgia, emping padi makan bersama kelapa nampak ringkas tapi sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Kuih apam bakar ada rasa pisang dan rempah, sajian tradisional unik dari Kelantan

Terhangat