KUALI | Menu Selebriti

[V] Altimet ikut cara Nabi... Berhenti sebelum kenyang, amal 'brisk walk' selepas makan malam

BEKAS penyanyi yang kini bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lembah Jaya, Altimet menjadikan sunnah Rasullullah SAW iaitu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang sebagai amalan untuk menjaga kesihatan.

Figura berusia 47 tahun itu juga memberitahu dia mengamalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis, selain makan malam lebih awal iaitu sebelum waktu Maghrib.

Ketika ditanya mengenai gaya pemakanan yang diamalkan, Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad berkata dia turut melakukan senaman 'brisk walk' iaitu berjalan kaki pada waktu malam untuk kekal cergas.

Pada usia 47 tahun, Altimet amat menjaga kesihatan terutama dari segi pemakanan.

"Saya ikut sunnah Nabi iaitu berhenti makan sebelum kenyang dan melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis.

"Selain makan malam sebelum Maghrib, paling penting jangan makan secara berlebihan dan sentiasa aktif.

"Saya sendiri amalkan berjalan (brisk walk) selepas makan malam mengikut saranan seorang kenalan doktor," katanya kepada Kuali.

MENARIK DIBACA: Bang Mat saran tanam nanas jika ada ruang kosong, tak perlu tunggu tanah luas

MENARIK DIBACA: Shafiq Cute layan isteri hamil bak permaisuri, siapkan aneka lauk 'frozen' untuk berbuka sepanjang Ramadan

Bercerita tentang menu ketika Ramadan, pelantun Amboi itu memberitahu hidangan bubur gandum menjadi juadah kegemarannya sewaktu berbuka atau bersahur.

Kata Altimet, bubur gandum yang dimasak bersama daging itu merupakan hidangan keluarganya sejak turun temurun.

Bubur gandum daging warisan keluarganya merupakan menu kegemaran Altimet ketika Ramadan.

"Setiap kali bulan puasa saya memang akan makan bubur gandum. Sejak kecil ibu akan buatkan bubur gandum ketika menyambut Ramadan.

"Bubur gandum ini tidak ada sayur, tapi dicampur sama ada daging lembu atau kambing.

"Kalau ikutkan tekak, saya tidak kisah sepanjang puasa makan bubur gandum," kata anak jati kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Bujang tapi rajin masak... Muaz Zabir kena ada lauk sambal dan kicap, penggemar ‘kuih sampan’

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Dah bertahun Neelofa tak jejak bazar Ramadan... Lagi suka masak di rumah walau cuma satu lauk

play

Terhangat