KUALI | Menu Viral

Mahu kuetiau ladna rasa manis beraroma? Rahsianya tambah buah laici dalam kuah

Lead Image

TAK pernah terfikir, buah laici yang manis boleh dijadikan pembangkit rasa dalam masakan.

Lebih pelik apabila buah itu dimasukkan di dalam menu berkuah seperti kuetiau.

Resipu ini menjadi tular selepas seorang cef kapal dikenali sebagai Mesaif Iz berkongsi cara kreatif memasukkan laici dalam kuah kuetiau ladna.

Menurut lelaki itu, penggunaan laici bukan sahaja menambah kemanisan semula jadi malah memberikan aroma unik membezakan masakannya daripada versi biasa. 

Komen netizen.

"Mana tetamu saya ni? Malam ni tuan rumah buat kuetiau ladna je. Jangan terkejut, memang letak laici dalam kuah ladna tu," kongsinya.

Katanya, rasa laici segar dalam kuah membuatkan hidangan lebih manis dan menyeronokkan untuk dinikmati.

MENARIK DIBACA: Ketahui sebab Jepun tunjuk gambar petani pada sayur, buah-buahan ditanam dan dijual di pasar

MENARIK DIBACA: [V] Emelda masuk dapur sedia juadah hari raya, Adlin Aman Ramlie kata orang Jawa kena ada lontong

Resepi dikongsikan cukup mudah. Hanya perlu menambah satu tin laici beserta airnya ke dalam kuah kuetiau ladna ketika proses memasak. 

"Cubalah, kalau pergi mana-mana kedai makan cuba pesan, kalau takut nak cuba masak sendiri di rumah, resipi senang je.

Antara komen wargamaya.

"Buah laici akan meresap bersama kuah, menghasilkan kombinasi manis dan aroma menyelerakan.

Cef itu turut berkongsi tip, bahawa laici harus dimasak bersama kuah supaya rasa manisnya meresap sepenuhnya, bukan sekadar hiasan di atas hidangan.

Perkongsian cef itu mencuri perhatian warga maya dan ada meminta resipi untuk mencuba sendiri keunikan rasa menu itu menggunakan laici.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

8 idea masakan, pencuci mulut boleh dibuat guna lebihan kurma Ramadan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Tuan rumah hidang belangkas, influencer teruja pertama kali cuba menu eksotik... “Macam mana cara makan?”

Terhangat