Banyak punca cili kisar cepat rosak, Kak KM kongsi teknik betul penyimpanan
CILI giling antara bahan utama untuk hasilkan pelbagai hidangan Melayu, jadi tak hairanlah kalau buka peti sejuk mak-mak memang sentiasa ada stok bahan ini.
Tapi kalau salah cara memproses dan menyimpan, cili giling boleh jadi masam dalam tempoh kurang seminggu.
Menurut perkongsian usahawan sensasi Kak KM, dia mempunyai cara tersendiri untuk memastikan cili giling yang dihasilkan tahan lebih lama.

Jelasnya, proses itu perlu bermula dari awal termasuk penggunaan air ketika mengisar sehinggalah kepada cara penyimpanan.
“Ramai orang tanya Kak KM, macam mana simpan cili kering. Ramai orang cakap cili diaorang masam lepas dua hari,” katanya menerusi hantaran video di laman Threads.
Berikut antara tip dikongsikan Kak KM untuk memastikan cili giling tahan lama:-
MENARIK DIBACA: Dikritik pakai seksi, tak ikut SOP ketika jual pes pasta... Nabila Huda ambil maklum teguran
MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua
1. Kisar guna air minum
Menurutnya, cili perlu dikisar menggunakan air minum atau air yang sudah dimasak dan bukannya air mentah bagi mengelakkan bahan cepat rosak.
2. Gunakan bekas kedap udara
Selain itu, bekas penyimpanan juga mestilah kering dan kedap udara supaya cili tidak mudah tercemar atau terkena wap air yang boleh mempercepatkan proses rosak.
3. Pastikan peti sejuk sentiasa sejuk
Menurut Kak KM, tip terakhir ini paling penting kerana suhu peti ais memainkan peranan besar dalam memastikan cili tahan lama.
Katanya, peti ais yang terlalu penuh boleh menyebabkan suhu tidak sekata sekali gus membuatkan cili giling cepat rosak.
“Jangan bagi peti sumbat-sumbat barang sampai dah tak sejuk. Itulah punca cili giling masam dengan cepat,” katanya.