info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

"Ayam gepuk 'for life', tapi jangan buka kedai lagi" - Imran Ajmain

Lead Image

HIDANGAN dari Indonesia iaitu ayam gepuk bagaikan menjadi fenomena di Malaysia dengan banyak restoran dibuka semata-mata untuk menjual sajian ini.

Melihat 'kegilaan' orang ramai terhadap makanan tersebut menjadi alasan utama mengapa peniaga berlumba-lumba membuka premis ayam gepuk sehingga ia boleh ditemui di mana sahaja di seluruh negara.

Situasi tersebut menimbulkan sedikit kejanggalan apabila hidangan dari seberang dilihat mendominasi hidangan tempatan yang tidak kalah enaknya.

Permintaan gara-gara 'trend' ayam gepuk menyebabkan perniagaan tersebut dibuka merata tempat.

Penyanyi dan komposer, Imran Ajmain menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Threads turut menyuarakan pandangannya apabila menyeru peniaga untuk berhenti membuka kedai ayam gepuk selepas melihat bisnes tersebut sudah terlalu banyak dibuka.

"Yes (faham) ramai orang suka ayam gepuk, ayam gepuk 'for life'.

"Tapi berhenti buka kedai ayam gepuk lagi. Kedai yang ada hari ini sudah cukup 'cover' makan tiga kali sehari," ujarnya.

Menurut artis kelahiran Singapura itu lagi, terdapat banyak makanan tempatan lain berasaskan nasi yang boleh diketengahkan, sekali gus menawarkan kepelbagaian kepada pelanggan.

MENARIK DIBACA: 3 kali disebut dalam al-Quran, ini 6 sebab buah delima dianggap 'superfood'

MENARIK DIBACA: Tertelan serpihan lidi sate dalam pesawat, wanita saman syarikat penerbangan

"Kami perlukan lebih banyak makanan lain seperti nasi ayam, nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus, nasi Kak Wok dan nasi ambeng supaya lebih pelbagai," katanya.

Perkongsian penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun itu mendapat sokongan pengguna media sosial lain yang bersetuju makanan tempatan lain patut ditonjolkan berbanding ayam gepuk.

Seorang netizen berkata, peniaga sepatutnya tidak mengikut 'trend' semata-mata apabila mahu berniaga tanpa memikirkan penerimaan pelanggan untuk jangka masa panjang.

Ada netizen mendakwa lambakan kedai ayam gepuk menyebabkan tidak banyak restoran menawarkan aneka masakan kampung pada hari ini.

Seorang netizen melahirkan rasa kecewa apabila ada peniaga nasi ayam dan nasi lemat turut beralih menjual ayam gepuk kerana permintaan tinggi.

"Setuju, permintaan ada tapi kepelbagaian lagi penting. Jangan buka bisnes sebab 'trend', buka sebab ada 'positioning'.

"Sangat setuju! Di Ipoh pun dah banyak sangat kedai ayam gepuk. Kami nak lebihkan masakan Melayu, masakan kampung dengan ulam-ulaman.

"Bila kedai nasi ayam dan nasi lemak ikut 'mengalah' dan tukar kepada ayam gepuk, rasa 'down' sangat. Memanglah ikut permintaan ramai, tapi sebagai masyarakat tolonglah sokong kedai sedia ada," antara komen netizen.

Untuk info, hidangan dari Yogjakarta, Indonesia itu dicipta khas untuk golongan pelajar terutama mahasiswa universiti kerana harganya yang murah iaitu sekitar sekitar 15,000 rupiah (RM3).

Sama seperti ayam penyet, ayam gepuk turut menyajikan kubis goreng, tauhu dan tempe sebagai pelengkap hidangan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

[V] Adam Corrie jatuh cinta dengan rendang ayam isteri, tambah nasi 3 kali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

[V] Raja Azura ajar anak jimat, elak bazir makanan... Tak beli stok barang dapur banyak sekali gus

play

Terhangat