KUALI | Trending

100,000 pek Rendang Nyet Berapi ‘sold out’, raih RM1.8 juta jualan

Lead Image

PEMPENGARUH media sosial yang juga usahawan Khairul Aming sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjual 100,000 pek produk terbaharunya iaitu Rendang Nyet Berapi dalam masa kurang seminit. 

Menerusi sesi jualan pertama yang dilakukan secara dalam talian di TikTok, sebanyak 70,000 pek (kombo 5 pek) licin dalam masa 30 saat. 

Tidak mahu menghampakan pembeli lain, Khairul atau mesra disapa KA membuka sesi jualan kedua dengan tambahan sebanyak 30,000 pek Rendang Nyet Berapi.

KA membuka sesi jualan kedua dengan tambahan sebanyak 30,000 pek Rendang Nyet Berapi.

Bagaimanapun ia turut habis terjual dalam masa 48 saat dengan hasil keseluruhan jualan mencecah RM1.8 juta.

Terdahulu, KA mengumumkan bakal melancarkan produk ketiganya iaitu Rendang Nyet Berapi pada Isnin lalu selepas 'menghilang' selama beberapa bulan.

Berita gembira itu disambut baik pengikutnya yang tidak sabar untuk berebut mendapatkan Rendang Nyet Berapi.

MENARIK DIBACA: Dah sedia nak ‘battle’? 70,000 paket produk terbaharu Khairul Aming dijangka licin

MENARIK DIBACA: Tindakan beri gelandangan tulang ayam tiada hati perut, influencer perjelas bukan hina tapi eksperimen sosial

Untuk rekod, KA pernah mencipta sejarah apabila produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi habis terjual dalam masa tiga minit pada 2021.

Pada 2024, KA memperkenalkan produk keduanya iaitu Dendeng Nyet Berapi. 

Jumlah kedua-dua jualan produk tersebut mencecah RM42 juta, meningkat 110 peratus berbanding RM20 juta tahun sebelumnya (2024).

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Tertekan kena marah sebab lembab, pekerja restoran segera ‘kantoi’ ludah burger pelanggan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ramai geli nak makan ikan bandaraya, selepas cuba rasanya macam isi ayam... Buat kuah laksa pun sedap

Terhangat