KUALI | Trending

Tertekan kena marah sebab lembab, pekerja restoran segera ‘kantoi’ ludah burger pelanggan

Lead Image

MAKANAN segera sering menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang memandangkan ia cepat dan menjimatkan masa terutama pada hari yang sibuk. 

Namun, di sebalik kecepatan hidangan yang disajikan, kualiti serta tahap kebersihan dalam penyediaan makanan dan premis harus sentiasa dijadikan keutamaan.

Kebersihan bukan sahaja memastikan makanan dihidangkan selamat untuk dimakan, malah turut memberikan pengalaman servis memuaskan serta mengekalkan kepercayaan pelanggan.

Seorang pekerja bertindak meludah pada hidangan burger sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Setiap langkah dalam proses penyediaan makanan perlu mematuhi standard kebersihan ketat bagi mengelakkan pencemaran dan risiko keracunan makanan.

Namun, perkara tersebut tidak berlaku di sebuah restoran makanan segera apabila sebuah video tular memaparkan tindakan seorang pekerja bertindak meludah pada hidangan burger sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Rakaman video tular itu dirakam di sebuah restoran pandu lalu di Rostov, Rusia, menunjukkan seorang pekerja tidak berpuas hati sedang menyediakan dua biji burger sebelum melakukan perbuatan menjijikkan tersebut.

Pekerja lelaki yang dikenali sebagai Nikita itu dilihat terlebih dahulu memeriksa sekeliling memastikan tiada orang sebelum meludah pada salah satu pati daging dan menyapunya ke atas burger tersebut.

MENARIK DIBACA:Suasana romantik bertukar tragedi... Meja kaca restoran terapung pecah, pelanggan lencun jatuh dalam kolam ikan koi

MENARIK DIBACA: Satu gigitan cair di dalam mulut, keenakan putu piring memang tak boleh tolak

Dia kemudiannya meletakkan sekeping keju di atas burger untuk menutup ludah tersebut sebelum membungkus makanan dan menyerahkan melalui tingkap kepada pelanggan.

Perbuatan jijik itu dibuat dipercayai pekerja tersebut marah selepas dia bertengkar dengan pelanggan tersebut. 

Mencurigai sikap pekerja itu, pelanggan berkenaan berjaya merakam perbuatan tidak bermoral itu dengan jelas semasa burger disediakan.

Menurut laporan media, pekerja itu telah diberhentikan serta-merta.

Insiden ini mencetuskan kemarahan warga maya yang mengecam tindakan bekas pekerja tersebut serta membangkitkan kebimbangan mengenai tahap kebersihan di rangkaian restoran itu.

Lelaki itu mempertahankan tindakannya dengan alasan tekanan daripada beberapa pelanggan memarahinya kerana kelewatan layanan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Havoc Food Festival diiktiraf Malaysia Book of Records, dihadiri 18 juta pengunjung

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

100,000 pek Rendang Nyet Berapi ‘sold out’, raih RM1.8 juta jualan

Terhangat