KUALI | Trending

‘Smoked apple’ restoran Michelin RM1,600 sepinggan, cuma dapat 6 hiris epal 

Lead Image

SEBUAH restoran bertaraf Michelin di Eropah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen gara-gara hidangan smoked apple atau epal asap.

Ia mungkin kedengaran hidangan tepat sebagai pencuci mulut tetapi apa membuatkan ia tular kerana harganya iaitu sekitar AS$400 atau RM1,600 sepinggan.

Kisah mengenai smoked apple restoran tersebut menjadi tumpuan selepas seorang pengguna X dikenali sebagai Tansu Yegen memuat naik video penyediaan menu tersebut sebelum ia mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Salah satu restoran bertaraf Michelin di Eropah mendapat kecaman kerana sajian epal berasap yang mahal.

Klip video dikongsikan menunjukkan sesi menjamu selera dramatik bermula dengan seorang cef mendedahkan lapisan hirisan epal disusun teliti di atas pinggan putih.

Sejurus membuka penutup berwarna hitam, kelihatan buih jernih menyelubungi epal dihiasi dengan bunga terhasil dari kulit epal. 

Taburan beri kecil menambahkan lagi keindahan visual hidangan ini.

MENARIK DIBACA: Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu

MENARIK DIBACA: Ada beza cendol Malaysia dan Thailand, campuran air kelapa muda beri kelainan

Kemudian, bagi memberikan efek asap straw lut sinar dicucuk menembusi lapisan buih perlahan-lahan menutupi hidangan.

Susunan dramatik ini berakhir dengan epal dikelilingi asap berputar, satu ciri khas hidangan mewah bertaraf tinggi direka bagi menyentuh deria.

Walaupun ramai memuji kreativiti serta keindahan persembahannya, ada juga mempersoalkan nilai sebenar hidangan tersebut lebih lagi restoran berkenaan tidak didedahkan namanya.

Komen lain termasuk status restoran berbintang Michelin lazimnya terkenal dengan hidangan premium dan teknik penyediaan kompleks kali ini berbeza.

Netizen meluahkan rasa hairan mengapa sebiji epal boleh dijual sehingga ribuan ringgit.

“Epal harga AS$400? Tak berbaloi langsung. Dapatnya cuma enam hirisan nipis. Tak masuk akal. Ada duit tapi tak ada logik,” komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Perkahwinan 25 tahun musnah, isteri kecewa suami makan kek keju miliknya tanpa izin

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

“Ini kerepek ke?” - Pisang goreng nipis buat pembeli bingung, harga pula tak padan dengan rupa

Terhangat