KUALI | Trending

Teman anak makan roti canai, lelaki ini perasan ramai ‘geng plastik hitam’… Pekerja siap bungkus hantar ke kereta

Lead Image

ISU ‘geng plastik hitam’ sekali lagi menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen apabila seorang lelaki berkongsi pemerhatiannya ketika menemani anaknya makan di sebuah kedai mamak.

Perkongsian tersebut dibuat oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai Mohammad Faizal yang menceritakan situasi menarik perhatiannya ketika berada di premis berkenaan.

Menurutnya individu berkenaan, pada awalnya dia berada di restoran berkenaan kerana mahu membungkus makanan buat anaknya.

Namun, anaknya berkeras mahu menikmati roti canai dibeli di premis berkenaan.

“Plastik hitam is real. Saya bawa anak makan kat kedai mamak sebab anak nak makan roti canai, tak nak bungkus.

"Nak juga makan kat situ, saya pun tebalkan saja muka,” tulisnya.

Sepanjang berada di kedai tersebut, dia menyedari ramai pelanggan Melayu datang membuat pesanan makanan, namun tidak turun dari kenderaan masing-masing.

MENARIK DIBACA: Tekap daun kubis bantu redakan masalah bengkak susu, ikuti langkah mudah ini

MENARIK DIBACA: Gigi kuning mampu putih dengan bantuan 3 bahan dapur, bukan cuma bersih nafas pun lebih segar

Sebaliknya, pelanggan terbabit hanya membuat pesanan dan menunggu di dalam kereta sebelum makanan dihantar oleh pekerja kedai.

“Mamak ni akan hantar makanan tu dekat mereka (pembeli makanan) bila dah sampai. Bila buka cermin kereta, Melayu, mat,” katanya lagi.

Perkongsian itu secara tidak langsung mengaitkan situasi berkenaan dengan fenomena yang sering diperkatakan netizen sebagai ‘geng plastik hitam’.

Istilah tersebut biasanya merujuk kepada individu yang memilih untuk membungkus makanan pada waktu siang bulan Ramadan dan makan di tempat lain.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan memilih untuk berfikiran positif mengenai situasi tersebut dan tidak mahu membuat andaian negatif terhadap pelanggan lain.

“Saya husnuzon saja lah. Mungkin kerja mereka berat,” katanya beranggapan setiap orang mempunyai alasan tersendiri membeli makanan dengan cara tersebut.

Perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang bersetuju bahawa situasi tersebut memang biasa dilihat atas alasan masing-masing.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Masak atau beli? Hasil ‘eksperimen’ dua minggu tak sangka rupanya jimat sampai 40 peratus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ramai mula prep stok makanan, wanita luah kebimbangan takut terlalu santai… “Perlu ke panik?”

Terhangat